KERAJAAN SMJ KINI FOKUS SSL PEMBANGUNAN RAKYAT DIKETEPIKAN DULU

KOTA KINABALU (19 Feb): Kerajaan Sabah Maju Jaya (SMJ) kini memfokuskan sasaran untuk memulakan kajian kebolehlaksanaan bagi pembinaan kemudahan yang dikenali Sabah Space Lauch (SSL) di Sabah.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebelum ini, kerajaan SMJ pimpinannya akan memberi tumpuan untuk pembangunan negeri daripada asyik bermain politik.

Tetapi nampaknya usaha yang dilakukan kerajaan ini pada masa ini sudah melonjak lebih jauh daripada jangkaan ramai melibatkan pula kajian untuk menerokai angkasa. Sekilas pandang, ia sesuatu impian yang jauh dan hebat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Ariffin Arif baru-baru ini telah menyerahkan surat niat kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Ceo) Syarikat Sovereign Sengalang Sdn. Bhd, Ezra Effendi untuk tujuan memulakan kajian bagi SSL itu.

Menurut Ezra, Sabah mempunyai kedudukan unik menjadi kemudahan bagi pelancaran SSL kerana berhampiran dengan garisan khatulistiwa.

Kata beliau, geolokasi di Sabah membolehkan “high angular velocity” yang bermaksud melancarkan kapal angkasa dengan margin tambahan 20 peratus.

Pada peringkat pertama, kajian kebolehlaksanaan akan meneliti aspek alam sekitar, infrastruktur dan keselamatan.

Bagaimanapun tiada dinyatakan mengenai kos awalan kajian itu, menyebabkan ramai tertanya-tanya kenapa tidak disebutkan anggaran kos sebenar bagi tujuan tersebut dan darimana sumber dana peruntukanya yang sudah tentu tidak disebut hanya dengan angka ratusan ribu atau juta .

Secara jujur anggaran itu perlu diketahui oleh rakyat yang kini dalam keadaan tertunggu-tunggu tentang perancangan Kerajaan SMJ, apa yang mereka lakukan untuk membangunkan negeri seperti yang dilaung-laung Ketua Menteri khususnya dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat.

Ada juga suara-suara sinis kedengaran mempersoalkan kenapa tidak fokus sahaja kepada pembangunan negeri terlebih dahulu kerana itulah yang menjadi harapan rakyat yang diikrarkan oleh pempin-pemimpin dalam Kerajaan SMJ sebelum ini.

“Jangan bermimpi sampai ke bulan sedangkan keadaan jalan raya di Sabah seperti di bulan. Ini sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan daripada berangan-angan meneroka angkasa,” sindir mereka.

Benarlah kata-kata Ahli Perlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis ketika membahas Titih Diraja di persidangan Parlimen baru-baru ini ” Apa guna mahu lancar roket ke angkasa kalau jalan sendiri pun masih berlubang-lubang macam bulan ,banyak yang lebih penting dan mendesak”

Views: 10

Leave a Reply

Your email address will not be published.