Selepas beberapa ketika bekas pemimpin dan ahli Parti Bersatu di Sabah meninggalkan parti itu menyebabkan status mereka tidak berparti buat seketika.
Bagaimanapun, bekas Pengerusi Bersatu, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor terus mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Menteri sambil mendakwa masih mempunyai sokongan Adun termasuk dari Pakatan Harapan, yang dilihat mengambil kesempatan daripada sedikit pergeseran dengan Adun-Adun dari Barisan Nasional.
Tentu sekali bagi PH, ini peluang bagi mereka untuk mengintai peluang termasuk mendapatkan jawatan dalam kabinet negeri dan Badan Berkaitan Kerajaan (GLC) dengan hanya menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan pimpinan Hajiji walaupun sebelum ini PH memperlekehkan kerajaan GRS-BN.
Bagaikan semua sudah melupakan sumbangan dan pengorbanan BN yang membantu GRS untuk membentuk kerajaan sebaik sahaja memenangi pilihan raya umum negeri yang lepas.
Tindakan Ketua Menteri secara tiba-tiba melucutkan jawatan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, Datuk Seri Salleh Tun Said, Adun Usukan dari BN tanpa terlebih dahulu mengadakan perbincangan dengan kepimpinan BN Sabah, mendorong Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Panglima menyatakan pendirian BN untuk menarik sokongan kepada kerajaan negeri di terjaui Hajiji.
Lantas mengakibatkan Hajiji tidak lagi berfikir panjang untuk melakukan rombakan kabinet dengan menyingkir tiga pemimpin tertinggi BN di Sabah dari Umno termasuk Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, Datuk Jaffry Ariffin dan Datuk Yakub Khan dan menggantikannya dengan Shahelmy Yahya dan Datuk James Ratib, yang tidak mempunyai jawatan dalam bahagian parti.
Kenapa ini boleh berlaku, selain menyelamatkan diri daripada kehilangan jawatan Ketua Menteri, ada juga khabar angin bahawa terdapat beberapa orang pemimpin berada di belakang Hajiji menjadi dalang, termasuk mencaturkan jawatan-jawatan kepada Adun-Adun BN yang berpaling tadah dan mengambil sikap untuk menyokong Hajiji untuk terus kekal menjadi Ketua Menteri.
Dikatakan terdapat Adun GRS yang kaya-raya membantu untuk mempengerahui Adun-Adun BN yang berpaling tadah berkenaan memberi habuan, ganjaran dan tawaran menteri kepada Adun tersebut yang bersikap mengutamakan kepentingan peribadi daripada memikirkan nasib rakyat di kawasan.
Kemudian tiba-tiba pula Hajiji selepas merasakan dirinya terselamat walaupun tidak berparti, baru-baru ini mengambil alih Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) walaupun parti ini ditolak mentah-mentah rakyat dalam pilihan raya negeri yang lepas.
Semua calonnya bukan sahaja hilang deposit malah mendapat undi paling sedikit berbadnding parti-parti lain memberi bayangan bahawa parti ini tidak diterima rakyat Sabah. Sekarang PGRS secara mendadak menjadi sebuah parti dikatakan menjadi parti tempatan untuk membangunkan rakyat di Sabah. Apa kah jaminan parti ini boleh membangunkan Sabah sedangkan Bersatu dalam GRS ditinggalkan sekelip mata begitu sahaa. Ada kah nasib PGRS lebih buruk dari Bersatu bakal menimpa kerana pemimpin-pemimpin tersebut sudah biasa melompat dari satu ke satu parti. Yang mustache mereka mampu menyelamatkan diri sambil melaungkan persepsi untuk membangunkan Sabah dan memperjuangkan MA63 di samping mahu menjadi seperti gabungan parti di Sarawak. Ini hanya satu mimpi ngeri buat rakyat Sabah.
Ramai juga penganalisis melihat slogan Sabah Maju Jaya (SMJ) ibarat khayalan untuk mendodoikan rakyat namun tiada juga kemajuan sebagaimana yang diharapkan dalam tempoh pemerintahan GRS yang sudah memasuki tahun ketiga.
Apa yang nyata kini PGRS terus dilihat diulit kesibukan bagi pembentukan cawangan sambil mendaftarkan keahlian untuk konon bagi memastikan GRS terus menguasai kerajaan negeri. Soalnya, sampai bila kah Sabah ini dimajukan atau rakyat hanya terus dipancing dengan persepsi SMJ sahaja.
Views: 43
Leave a Reply