
KOTA KINABALU (23 Feb): Terdapat beberapa pegawai Ketua Menteri lebih gemar bertugas di laman sosial berbanding tugasan hakiki mereka di dalam pejabat mahu pun di luar khusus bagi membantu khidmat Ketua Menteri kepada rakyat di seluruh negeri ini.
Mereka lebih gemar melakukan provokasi, menyindir, promo diri di samping menyalahkan pihak yang menegur kerajaan menerusi facebook mereka dengan mempamerkan bermacam-macam bentuk mimik yang lucu mengeramkan dan tidak kurang menghentam peribadi pemimpin.
Salah seorang daripadanya, Jamain Sarudin, Ketua Pemuda parti SAPP yang baru dlantik sebagai Setiausaha Politik di Jabatan Ketua Menteri Sabah.
Boleh dikatakan setiap hari, dia membuat hantaran di facebooknya dengan bermacam sindiran terhadap parti pembangkang dengan pelbagai bentuk mimik muka yang garang, memperlihatkan keseriusannya dalam melaksanakan tugasnya di facebook, namun jauh sekali berjumpa rakyat untuk memberi penerangan tentang kebaikan-kebaikan yang dilakukan kerajaan Sabah Maju Jaya ketika ini.
Selain Jamain yang disifatkan nitezen sebagai “kebaru-baruan” dalam jawatannya, itu, dua lagi pegawai Ketua Menteri yang mempunyai ciri-ciri demikian ialah Pegawai Khas, Arthur Sen (PBS) dan Mazlan Johari Manan, yang dilihat sering menjadi ekor kepada Ketua Menteri.
Perbuatan dan perangai pegawai-pegawai yang mengelilingi Ketua Menteri ini boleh dikatakan memuak namun orang ramai yang ingin berurusan dengan pemimpin nombor satu Sabah itu terpaksa menyembunyikan rasa geram masing-masing hanya urusan mereka tidak terbantut.
“Gelagat beberapa pegawai tersebut menyakitkan hati tetapi kita tidak mahu urusan kita dengan Ketua Menteri tersekat gara-gara telatah mereka itu.”
“Biarkanlah mereka syok sendiri dan terjun dengan labu-labu mereka”, kata seorang yang meluahkan perasaan ketika berurusan dengan Ketua Menteri.
“Pegawai-pegawai seperti ini hanya merosakkan reputasi Ketua Menteri di mata rakyat,” jelas beliau.
Selain itu ada juga sybertropper yang dibayar oleh pihak tertentu menyerang indiviadu pemimpin samada di media sosial atau blog antaranya penulis Pician Jalin Liun yang sering kali menulis berbaur fitnah tidak berfakta dan menyerang peribadi pemimpin.
Awang Hazim Awang Basir yang difahamkan salah seorang pegawai Menteri Sains Teknologi dan inovasi Sabah merangkap ADUN Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Arif antara sybertropper PGRS/GRS yang aktif membuat provokasi di media sosial yang bertentangan dengan sikap bosnya yang lemah lembut tutur kata baik secara lisan atau pun tulisan yang memberikan impak negetif kepada beliau.
Ramai natizen berpendapat jika inilah sikap serta kewibawaan para pegawai Ketua Menteri sudah tentu tidak dapat membantu gagasan Sabah Maju Jaya dicetuskan oleh Ketua Menteri sikap mereka seolah-olah mewakili parti pembangkang bukanya parti kerajaan.
Views: 413