

KOTA KINABALU (26 Feb): Setiausaha Politik Ketua Menteri, Jamain Sarudin menjelaskan kesibukan tugasannya yang terpaksa bekejar ke sana-sini, telefon tak henti berdering malah terpaksa makan lewat akibat kesibukan dalam tugasnya.
Beliau seolah-olah menunjukkan rasa kecewa apabila menerima teguran baru-baru ini kerana dikatakan lebih gemar bertugas di laman sosial facebook daripada menjalankan tugas hakiki di dalam pejabat dan luar pejabat membantu khidmat Ketua Menteri.
“Kita gambar diri kita berpakaian kemas, di bilang kebaru-baruan, gambar biasa-biasa kita dikata tak kerja”.
“Kita buat posting dikatakan menyindir. Kita tak buat posting, kita dah lupa daratan,” keluhnya dalam hantaran terbaru dalam facebooknya.
Sebenarnya tiada siapa yang mempersoalkan dia, sama ada buat posting kah tidak dalam fb. Yang pasti kebanyakkan postingnya suka menyindir orang lain terutama parti pembangkang, provok atau gemar mempersalahkan mereka.
Seorang netizen, Kibott Navara yang menjadi seteru Jamain mengingatkan beliau supaya menggunakan peluang tugasan untuk berbakti kepada Sabah.
“Naluri kita sebagai anak Sabah ini sama saja cuma bezanya cuma ideologi politik”.
“Lupakan politik dan buat kerja supaya tidak rugi guna duit rakyat bayar gaji kau,” nasihat Kibott.
Sepatutnya Ketua Menteri perlu buat teguran kepada pegawai-pegawai lantikanya agar menumpukan kepada tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kerana perbuatan mereka membuat provokasi melampau ini seolah-olah mereka mewakili parti pembangkang bukan kerajaan.
” Buanglah budaya seperti pembangkang tu, bantulah Ketua Menteri jayakan gagasan Sabah Maju Jaya di luar sana banyak rakyat susah dan misikin memerlukan perhatian bantuan” jelas seorang Natizen
Sementara itu, Pegawai Khas Ketua Menteri, Mazlan Johari Manan turut terasa dengan teguran kepada mereka sebelum ini yang gemar menjalankan tugas di facebook.
Beliau memberi respon teguran tersebut dalam posting terbaru di FB dengan memberitahu rupanya ada juga yang memanas kita upload gambar di media sosial ini.
“Kehabisan modal dorang ini, peribadi pula jadi mainan kumpulan pai ulung ini. Biasa yang menggunakan istillah pai ulung ini ialah Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee.
“Hari ini saya belanja lagilah satu gambar dengan dia dilihat memegang set golf yang mungkin harganya mahal”.
Buka sahaja set golf yang mahal, mereka mampu beli malah orang pun seperti Adun yang tidak bermaruah, mereka mampu beli dengan mudah.
Views: 88