





KINABATANGAN: 24 Feb Proses perjalanan persidangan cawangan-cawangan UMNO di bahagian itu berjalan lancar dan teratur sekali pun berlaku ombak kecil melanda bahagian itu apabila sebilangan ahli UMNO yang diketuai oleh bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kinabatangan Datuk Juhari Janan mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) pada jumaat lepas.
Setiausaha UMNO Bahagian Kinabatangan Wan Daud Kahar berkata ,proses perjalanan mesyuarat masih berjalan lancar sehingga Tarikh 26 Febuari ini tanpa sebarang gangguan.
Katanya, sekitar 180 buah cawangan di bahagian tersebut akan mengadakan persidangan cawangan masing dimana sebahagiannya telah pun selasai diadakan sementara sebahagianya masih berjalan memandangkan factor geografi yang jauh dimana persidangan cawangan diadakan mengikit zon masing-masing.
“ Setakat ini proses perjalanan persidangan cawangan-cawangan berjalan lancar mereka yang telah diamanahkan untuk memantau perjalanan persidangan cawangan-cawangan terus melaksanakan tugas yang diamanahkan dan memontum semangat ahli-ahli cawangan yang menghadiri persidagan cawangan begitu baik dan bersemangat” katanya ketika dihubungi kemarin.
Menurut Wan Daud setakat ini UMNO bahagian Kinabatangan yang mempunyai ahli berdaftar sekitar 28,709 orang dan menjangka proses persidangan cawangan-cawangan akan dapat diselasaikan sebelum 26 Febuari ini.
“ Kita berharap proses perjalanan persidangan cawangan ini berjalan lancar tanpa tergangu dengan tindakan sebilangan ahli dan pemimpin yang keluar parti UMNO yang kita anggap sebagai kes terpencil dan tindakan menjejaskan fokas kita melaksanakan persidangan cawangan dan bahagian yang berlangsung Mac depan “ katanya
Sementara itu seorang ahli jawatankuasa UMNO bahagian yang enggan namanya didedahkan berkata kenyataan media bekas Ketua Penerangan UMNO bahagian Itu Datuk OKK Titing Putang berhubung dengan tindakan sekumpulan ahli dan pemimpin yang keluar parti UMNO dan menyertai PGRS tidak menjejaskan UMNO bahagian itu merupakan pendirian UMNO bahagian .
Bagaimana pun dalam hantaran di Media Sosial milik anaknya Amoi Titing menafikan kenyataan tersebut dikeluarkan oleh ayahnya (Titing) selain itu Amoi turut mengumumkan perletakan jawatan Titing sebagai Ketua Penerangan dan keluar dari parti UMNO.
“ Kami keliru dengan kenyataan di media sosial ini kerana kenyataan tersebut keluar sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan apalagi kenyataan tersebut merupakan pendirian UMNO bahagian” katanya.
Menurut ahli jawatankuasa UMNO Bahagian itu lagi, agak tidak munasabah bagi Titing akan keluar parti UMNO kerana apa yang diketahui beliau merupakan pemimpin yang berperinsip dan setia kepada perjuangan parti dan Ketua. “ Bagaimana pun apabila kami melihat kepada hantara di Media Sosial milik peribadi Titing yang mengumukan peletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO bahagian Kinabatatangan kerana faktor kesihatan itu kami terima dan sentiasa mendoakan beliau kembali sehat seperti sedia kala “ jelas Beliau
Views: 50