ISU ADUN LOMPAT PARTI, TULISAN JALIN LUIN BERSIFAT SERANGAN PERIBADI DAN FITNAH

Apabila Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin ,membangkitkan isu lompat parti yang berlaku di Sabah semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titih Diraja di dewan  rakyat Selasa lepas, banyak pihak terutamanya cybertropper yang pro kerajaan GRS/PGRS sentap dan  mengelabah dengan membuat serangan balas  yang lebih menghentam peribadi pemimpin melalui media sosial,portal dalam talian atau pun blog.

Antaranya tulisan  Jalin Luin seorang penulis picisan melalui Blog Jalinluin.com yang melakukan serangan balik melalui tulisan yang lebih bersifat serangan peribadi, fitnah dan tidak berfakta.

Gelaran penulis picisan amat sesuai diberikan kepada Jalin disebabkan tulisan-tulisan  sama ada di blog atau media sosial jarang mendapat tempat dihati pembaca dengan bilangan suka (like) yang hanya dapat dikira dengan jari.

Tidak menghairankan bagi Jalin penulis upahan tanpa ilmu dan beremosi menyerang peribadi pemimpin kerana ini hasil kerjanya untuk dipersembahkan kepada pemimpin tertentu untuk mendapatkan ihsan bagi meneruskan kelangsungan kehidupannya.

Membaca tulisan terbaru Jalin  dalam Blognya bertajuk “ Bung  Sedari Sikit Bila Mengata .Kau itu Yang Monyet  lebih menjurus kepada serangan peribadi kepada pemimpin tersebut tanpa sebarang nilai dan cuba menyembunyikan fakta yang sebenar.

Beliau mendakwa  UMNO di tolak rakyat Sabah dan Bung pula  tidak dikenali  hanya merupakan persepsi semata-mata . Mungkin  penulis (Jalin) tidak mengenali Bung tapi keseluruhan rakyat Sabah khususnya ahli-ahli UMNO mengenali Bung sebagai pemimpin yang setia dan berprinsip tidak  melompat parti sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin yang ada dalam GRS/PGRS sekarang dari UMNO ke Bersatu dan ke GRS/PGRS yang cukup memberikan gambaran pemimpin yang tidak bemaruah dan berprinsip.

Bagi ahli UMNO  Sabah, Bung merupakan seorang pemimpin yang memiliki semangat serta prinsip perjuangan yang tulin. Ketika beberapa pihak mahu mantalkinkan UMNO Sabah akan terkubur selepas PRU-14 ekoran budaya lompat pemimpin GRS/PGRS yang dulunya bersama UMNO namun dengan keyakinan, Bung bersama rakan rakan lain, Datuk Yakub Khan, Datuk Raime Unggi .Datuk Jaffry Arifin dan lain-lain, UMNO Sabah kekal relevan dan hakikatnya tidak ada satu bahagian UMNO pun yang dibubarkan.

Kewibawaan Bung sebagai Ketua UMNO Sabah cukup teruji dengan ujian pertama berhadapan dengan Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen P176  Kimanis pada 18 Januari 2020. Sebagai pengarah Gerakan pilihanraya (PRK) Kimanis ramai meramalkan calon Barisan Nasional dari UMNO Datuk Mohamad Alamin akan tersungukur di tangan calon Warisan Datuk Karim Bujang, calon dari kerajaan yang memerintah ketika itu .

Hakikatnya ramalan tersebut ternyata jauh meleset apabila rakyat khususnya di Parlimen Kimanis masih menerima UMNO yang mana PRK tersebut menyaksikan kemenangan Mohamad dengan majoriti besar sebanyak 2,029 undi.

Selepas ujian itu, BN/UMNO Sabah berhadapan pula dengan Pilihan raya Negeri (PRN) setelah Warisan yang diketuai oleh Datuk Mohd Shafie Apdal membubarkan DUN Sabah ekoran kemelut politik apabila berlakunya usaha untuk mengulingkan kerajaan Warisan yang didalangi oleh Tan Sri Musa Haji Aman yang akhirnya tidak berjaya dilakukan apabila Shafie membubarkan DUN Sabah.

BN/UMNO Sabah yang diketuai oleh Bung masih mengekalkan reputasi yang baik semasa PRN  Sabah pada 26 September 2020 apabila memperolehi  14 Kerusi berbanding Bersatu hanya memperolehi  11 kerusi.

Walaupun dilihat dari jumlah kerusi yang dimenangi semasa PRN ke-16,  BN memperolehi lebih banyak kerusi dari Bersatu dan berhak menunutut jawatan Ketua Menteri berbanding Bersatu namun jiwa besar yang ditunjukkan Bung turut memberikan sokongan Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Dalam PRU ke-15 pula BN/UMNO Sabah memperolehi tujuh kerusi daripada 12 kawasan yang ditandingi berbanding GRS yang hanya memperolehi enam kerusi daripada 13 kawasan ditandingi, membuktikan BN/UMNO Sabah dan kepimpinan Bung sebagai ketua  masih relevan dan diterima oleh rakyat.

Dalam isu ini juga  tidak timbul soal penolakan rakyat kepada UMNO/BN Sabah  kerana Bung masih berhadapan dengan kes mahkamah dan kita juga tidak berhak menentukan kesalahan selain mahkamah telah memutuskan pihak yang didakwa itu bersalah.

Kenyataan Bung agar ahli politik perlu berpendidikan sebenarnya amat relevan dengan keperluan masa kini di mana ahli politik khususnya di Sabah  seharusnya berpendidikan  bagi memperkasa hala tuju Sabah Maju Jaya yang dicetuskan oleh Hajiji sebagai Ketua Menteri.

“Sabah Maju Jaya” sebenarnya bukanlah retorik semata-mata ianya perlu didokong oleh kepimpinan negeri yang berilmu dan berwawasan justeru ianya memerlukan pemimpin yang berilmu dan mampu memberikan pandangan atau cadangan tidak sekadar duduk sebagai ahli jemaah menteri yang lebih mengutamakan kepentingan pangkat dan habuan.

Dalam konteks merealisasikan gagasan “ Sabah Maju Jaya”  sudah tentu rakyat sentiasa mahukan pemimpin yang berpelajaran dan mempunyai nilai tambah yang baik bagi perkembangan modal insan yang lebih berkualiti.

Sudah tentu ahli politik yang tidak berpelajaran boleh dianggap sebagai individu yang tidak mampu membawa sesebuah kerajaan ke arah lebih maju  pada masa akan datang seperti Jalin menulis tanpa ilmu, yang akhirnya tulisannya bukan sahaja tidak bernilai dari sudut ilmiah tapi tidak menjadi bacaan rakyat umum kerana lebih bersifat emosi dengan serangan peribadi kepada pemimpin. Ia ibarat penulis murahan yang syok sendiri untuk cari makan sahaja.

Views: 259