
Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah
KOTA KINABALU : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menasihatkan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini secara sederhana dan mengamalkan pengurusan kewangan berhemah.
Katanya tidak dinafikan, memasuki fasa peralihan selepas negara di landa Virus Covid beberapa tahun lepas turut memberikan kegembiraan kepada seluruh umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bagaimana pun mereka perlu berwaspada kerana virus covid masih berlaku dipersekitaran mereka.
“Suasana beraya di kampung bersama sanak-saudara yang sekian lama tidak dikunjungi sudah terbayang-bayang dan sememangnya dinanti-nantikan.
“Ditambah pula dengan ‘dendam’ setelah dua tahun kita tidak dapat menyambut Hari Raya sepuas-puasnya seperti dahulu, pastinya kita ingin dilihat cantik dan bergaya dengan persalinan baju serta kelengkapan rumah yang serba baharu” katanya dalam perutusannya sempana Hari Raya Adiil Fitri tahun ini .
Pengumuman pengisytiharan itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad telah menatapkan Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidillfitri tahun ini pada hari sabtu ini
Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO disebalik kegemebiraan dan keseronokan menyambut hari raya tahun ini berbanding tahun tahun lepas , adakah kita (umat Islam ) bersedia dari segi kewangan? Kerana itu, perancangan kewangan sangat penting untuk mengelak daripada terlebih berbelanja
Bung berkata keadaan ekonomi negara masih dalam proses pemulihan selepas negara di landa Virus Covid-19 dan ramai mengakui kadar inflasi semakin terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian justeru perbelanjaan berhemah dan bijak perlu menjadi keutamaan.
“Laksanakan kebaikan itu dalam suasana sewajarnya agar ia tidak mendatangkan kesukaran kepada diri kita sendiri yang penting kita dapat meraikan aidil fitri dalam suasana harmoni kunjung mengunjungi bermaaf-maafan ianya akan dapat mengeratkan hubungan silatulrahim bukan sahaja di kalangan masyarakat islam malah kaum kaum lain untuk berkongsi perayaan”
Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan turut mengakui kesukaran yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini terutamanya golongan nelayan, petani, penternak dengan keadaan ekonomi yang tidak menantu terutamanya golongan B40,peluang pekerjaan yang berkurangan lebih menyulitkan kehidupapan mereka.
“ Mujurlah kerajaan pusat menghulurkan bantuan Tunai Rahmah bagi golongan B40 bagi membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk menghadapi kos sara hidup termasuk pemberian khas kepada kaki tangan kerajaan sekurang-kurangnya dapat meringkan beban mereka,
Golongan B40 di Sabah termasuk petani petani nelayan sebenarnya menyimpan harapan agar kerajaan negeri juga cakna dengan nasip mereka dengan menghulurkan bantuan kewangan sesuai dengan dakawaan kedudukan kewangan negeri semakin kukuh namun harapan mereka tidak kesampaian” jelas Bung.
Sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Bung bersama keluarga berharap sambutan aidilfitri tahun ini kekal ceria dan harmoni meski pun dengan pelbagai cabaran terutamanya cabaran ekonomi yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini
Views: 6