
SUKAU KINABATANGANI: Sejak seminggu lalu, ketibaan Aidilfitri amat meresahkan penduduk khususnya masyarakat Islam di Kampung Paris 1 Sukau Kinabatangan di sini kerana mereka berhadapan dengan masalah ganggua bekalan air bersih.
Menurut seorang penduduk, Mohd Azmil Belia, mejoriti penduduk di kampung tersebut dan sekitarnya mengalami kesukaran mengurus keluarga sejak permulaan puasa lalu kerana masalah bekalan air bersih sering terputus.
“Selain berjaga pada waktu malam untuk menadah air, penduduk kampung juga terpaksa membeli air bersih untuk memasak bagi persediaan berbuka puasa dan bersahur.
“Tiada lagi kemeriahan sambutan berpuasa dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini ,malah isu bekalan air bersih di kampung ini bertahun tahun menghantui penduduk di kampung namun kali ini agak kritikal sampai seminggu ketika umat Islam membuat persediaan akhir menyembut ketibaan hari raya aidil fitri” katanya.

Sehubungan dengan itu Mohd Azmil meminta Jabatan Air Sandakan, Pengarah Air Sabah termasuk Menteri Kerja Raya sendiri perlu cakna dan turun padang untuk menyelasaikan isu yang membelanggu penduduk kampung Paris 1 Sukau.
“ Jika pun perlu melakukan catuan air maklumkan awal kepada penduduk kampung agar kami boleh bersedia, dan jika keadaan kritikal seperti sekarang ini Jabatan Air wajar menghantar bantuan bekalan air lebih kerap , ini kerana air merupakan keperluan harian penduduk kampung” tegas Mohd Azmil.
Menurut Mohd Azmi kerajaan negeri janganlah dahulu memikirkan wasasan yang lebih jauh seperti membina tapak pelancaran ke angkasa lepas sedangkan isu infrastruktur asas seperti bekalan air bersih belum mampu ditangani sedangkan ianya merupakan keperluan asas yang penting untuk rakyat di negeri ini.
“ Bayangkan Untuk keperluan minuman dan memasak , penduduk kampung terpaksa membeli air mineral di premis berdekatan , kebanyakan penduduk di kampung ini bawah B40 jadi bayangkan kesengsaraan mereka”
“Bagaimanapun, kami tetap membayar bil air pada setiap bulan bagi mengelakkan pemotongan walaupun tidak menerima bekalan air dengan sempurna,” ujarnya.
Tambah Mohd Azmi penduduk di kampung Paris 1 tidak pasti bila masalah gangguan bekalan air di kampung ini akan selesai memandangkan mereka telah penat berhadapan dengan masalah ini
Sementara itu Wakil Rakyat Sukan Datuk Jafry Arifin ketika dihubungi berkata sebagai wakil rakyat beliau telah berusaha membantu menangani isu ini dengan mendirikan tangki takungan di tepi jalan besar untuk membekalkan air kepada penduduk kampung namun usaha tersebut gagal mendapat Kerjasama Jabatan Air yang tidak membekalkan air ke tangka-tangki air yang disediakan kecuali semasa Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menjadi Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya .
“ Saya juga suarakan isu ini kepada Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Kemjuan Desa dan Wilayah bagaimana pun setakat ini belum ada tindakan lanjut terhadap isu yang saya suarakan ini” Tambah Jafry
Views: 16