KETUA MENTERI SABAH CUAK DENGAN KEHADIRAN  BADAN-BADAN NGO BAGI MEMBANTU RAKYAT SABAH DALAM ISU TUNTUTAN TANAH ADAT.

KOTA KINABALU: Kesugaran kerajaan negeri terhadap sokongan dari badan-badan  NGO terutamanya dari Semenanjung bagi membantu memperjuangan tuntutan tanah adat oleh penduduk dari beberapa buah daerah di negeri ini, menimbulkan kesugaran yang  akan menjejaskan reputasi kerajaan negeri  apa lagi ketika ini kerajaan berhadapan dengan isu isu kritikal yang lain seperti bekalan air bersih, api dan sistem perhubungan jalanraya yang saban hari tular di flatfrom media sosial.

Ketua Menteri semasa persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini menegaskan kerajaan negeri akan menggunakan kuasanya bagi mengakang kemasukan badan-badan NGO dari luar Sabah  yang membantu penduduk kampung dalam isu tuntutan tanah adat

Katanya kerajaan negeri sememang memandang  serius trend kemasukan pertubuhan pertubuhan atau NGO dari luar Sabah yang semakin kerap masuk ke negeri untuk menghasut dan membawa rakyat Sabah agar membuat demonstrasi  serta bantahan secara tidak terkawal.

“ Kerajaan negeri akan menggunakan kuasa yang diperuntukan kepada kerajaan untuk menghalang kemasukan ke negeri Sabah, bagi mana-mana pertubuhan-pertubuhan,NGO atau individu daripada luar Sabah yang menggangu keharmonian serta ketenteraman awam di Sabah” katanya

Walaupun kenyataan tersebut secara umum, namun Pertubuhan Kemanusian Masyarkat  Antarabangsa Malaysia (MHO) memberikan respond dan  menafikan pihaknya cuba untuk mewujudkan ketidakharmonian dan kekacauan di Sabah. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, ini kerana niat dan matlamat MHO adalah untuk membela mana-mana pihak tertindas, yang merasa mereka dizalimi dan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. 

Hishamuddin Hashim Setiausaha Agung MHO

Katanya, beliau tidak pasti sama ada kenyataan (Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor) ditujukan kepada MHO, tetapi jika lihat rekod prestasi MHO, pihaknya banyak menjadi jurucakap kepada mana-mana isu yang melibatkan penindasan dan kezaliman. 

Katanya, track record  itu menunjukkan bagaimana MHO memperjuangkan isu stateless supaya isu itu diselesaikan. 

“Kita juga pernah melakukan usaha untuk menyuarakan bagaimana rakyat Malaysia telah ditangkap, ditipu dalam job scam di Laos dan Myanmar menggunakan saluran yang ada. 

“MHO juga mempunyai track record bagaimana memperjuangkan mangsa-mangsa yang telah ditipu dalam skim pelaburan dengan membawa mangsa ke depan pihak berkuasa supaya siasatan dan pertuduhan di mahkamah dapat dilaksanakan. 

“Jadi ini menunjukkan MHO tidak mempunyai apa-apa niat untuk mencetuskan ketidakharmonian dan kekacauan, sebaliknya niat MHO adalah suci dan ikhlas ingin membantu mereka yang membuat aduan,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial. 

Sebelum ini MGO turut mengiringi , kira-kira 1,000 penduduk kampung dari lima daerah bersama MHO menyerahkan memorandum kepada Jabatan Ketua Menteri Sabah bagi menggesa kerajaan negeri membantu menyelesaikan isu pemilikan tanah adat yang sudah membelenggu ribuan rakyat di negeri itu.

Penduduk dari beberapa buah daerah baru-baru ini berhimpun secara aman di hadapan bangunan PPNS bagi menyerahkan memorindum bantahan mereka terhadap isu tuntutan tanah adat

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, melalui semua ucapannya sebelum ini, beliau juga sentiasa mengingatkan pengadu supaya mematuhi undang-undang dalam setiap aktiviti yang dilakukan. 

Katanya, ia menunjukkan MHO komited dalam mematuhi segala undang-undang yang ada. 

“Kita juga telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan keselamatan kerana banyak membantu kita dalam membuat serahan aduan dan kita terhutang budi kepada pihak berkuasa kerana banyak membantu kita. 

“Kita juga telah memberikan kredit kepada mana-mana pihak termasuk pihak Ketua Menteri sekiranya dapat meyelesaiakan masalah ini kerana isu itu bukan melibatkan kepentingan MHO, tetapi kepentingan rakyat Sabah yang begitu tertekan (kerana) tanah yang telah diambil oleh pihak ketiga. 

“Untuk makluman juga, semua aktiviti yang dilakukan pihak MHO telah sampai kepada pihak berkuasa. Kita mempunyai bukti jelas bagaimana kita memaklumkan pihak berkuasa kerana tahu bahawa program kita tidak dapat dilaksanakan dengan baik tanpa bantuan pihak berkuasa,” ujarnya.

Views: 35