PERLANGGARAN PERLEMBAGAAN, BAHANA BESAR BAKAL MENIMPA SAFA

KOTA KINABALU: Krisis perlanggaran perlembagaan dalam kongres tahunan SAFA 2023 awal bulan ini bakal mengundang bahana besar kepada persatuan itu termasuk ia berisiko ditimpa “penggantungan” atau diharamkan.

Jauh sekali dari menemui titik penyelesaian, isu tidak mematuhi perlembagaan yang dihadapi persatuan itu ketika proses pemilihan ahli majlis tertinggi dalam kongres yang dipertikaikan itu bakal mengheretnya ke gaung yang dalam.

Sekiranya terus dipertikai, isu pemilihan AMT yang penuh cacat celah tersebut maka dan tidak ada pendirian yang tegas dan adil daripada Pesuruhjaya Sukan di Sabah maka aspek perundangan dilihat jalan keadilan untuk menegak keadilan hakiki.

Pemerhati sukan seakan dapat menghidu jika aspek perundangan menjadi saluran penyelesaiannya, ada kemungkinan SAFA akan berhadapan risiko dikenakan “penggantungan” terutama apabila ada khabar angin tersebar dari kalangan apa yang dikatakan barisan kepimpinan baharunya meneruskan agenda mereka.

Sekali pun menyedari risiko dan natijah yang bakal menenggalamkan persatuan tersebut ke gaung akibat dorongan kepentingan peribadi dan hasutan “kaki bodek” yang menjadi parasit di luar persatuan itu akan mengundang bahana yang lebih dahsyat.

Seorang mantan ahli majlis tertinggi SAFA, Pradeep Shamsuddin dalam posting di muka buku dua hari lalu membayangkan kegembiraan mendapat sesuatu kononnya dari Presiden SAFA meskipun tidak dapat disahkan sama ada ia dalam bentuk pemberian jawatan tertentu, projek, wang ringgit atau habuan yang lain.

“Alhamdulillh terima kasih YB Datuk President Sabah FA,” seolah-olah mengandaikan ada sesuatu hal baik diterimanya.

Khabar angin terus berligar-ligar sehingga sampai ke cuping telinga pemerhati sukan, apa yang dikatakan usaha berhati-hati dan cubaan dari presiden untuk membuat pelantikan jawatan-jawatan tertentu seperti setiausaha agung, penolong setiausaha agung dan bendahari agung.

Sungguh pun kongres tahunan SAFA telah berlarutan menghampiri masa sebulan namun tidak ada pengesahan rasmi dari pejabat PJS mengenai dengan perkembangan kongres itu.

Ini berkemungkinan sebagai organisasi pendaftar persatuan sukan, PJS lebih berhati-hati membuat sesuatu keputusan dan tindakan terutama apabila berlaku perlanggaran perlembagaan persatuan sewaktu kongres dijalankan.

Pihak yang mempertikaikan pengendalian kongres itu dikatakan mempunyai bukti-bukti relevan untuk mengukuhkan lagi dakwaan mengenai isu perlanggaran perlembagaan yang tersebar di media-media sosial dan juga melalui platform-platform atas talian.

Bahkan kedengaran suara-suara yang inginkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melihat perkembangan pegawai-pegawai atasan PJS di Sabah susulan ada dakwaan menerima tekanan dari kalangan pemimpin-pemimpin politik tertentu.

Jika keadaan demikian berlaku, pemerhati sukan menyifatkannya sebagai satu bahana besar bakal menjahanamkan persatuan sukan seperti SAFA yang telah lama berfungsi sebagai payung sukan bola sepak di Sabah.

Views: 12