TOKOH POLITIK DISEBALIK  PORTAL“ SABAH BIG MOUTH”

Muka depan protal dalam talian SABAH BIG MOUTH

Ketidakstabilan  politik  yang berlaku di Sabah semasa pemerintahan kerajaan Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) di bawah teraju kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, saluran media  terutamanya media atas talian  seperti portal ,blog, facebook dan tik tok dimanafaatkan oleh gabungan itu untuk mempertahankan kelemahan serta kritikan pembangkang dan rakyat terutamanya dalam isu-isu berkaitan pembangunan, bekalan air bersih, elektrik, sistem perhubungan jalan raya dan terkini isu tanah adat.

Jika kita mengikuti perkembangannya, pelbagai nama portal  dan blog wujud seperti cendawan tumbuh dan aktif bukan sahaja mempertahankan kerajaan diterajui PGRS tapi turut beperanan menyerang parti UMNO dan Warisan .Difahamkan sebilangan portal, blog dan cybertrooper PGRS ini mendapat bayaran dari kerajaan atau agensi berkaitan kerajaan selain daripada individu dalam PGRS itu sendiri. 

Pengendali portal atau blogger tertentu difahamkan menerima bayaran ratusan atau puluhan ribu sebulan dengan tugas utama lazimnya melaporkan kegiatan pemimpin dan kerajaan PGRS selain dijadikan senjata untuk mempertahankan pemimpin atau kerajaan apabila menerima kritikan dari parti pembangkang dan tidak kurang membelasah pemimpin UMNO dan Warisan

Susulan itu rakyat yang semakin celik memanfaatkan  kemajuan teknologi maklumat bagi menzahirkan rasa ketidakpuasan mereka terhadap beberapa isu antaranya yang agak sensasi seperti isu bekalan air bersih, elektrik, sistem perhubungan jalan raya dan terkini isu pengambilan tanah adat oleh syarikat-syarikat tertentu.

Dari sejumlah portal atau blog yang aktif di Sabah ketika ini, satu portal yang baru berusia setahun jagung dan didaftarkan (hosting) di Amerika di syarikat GODaddy ) dikenali sebagai SABAH BIG MOUTH dikaitkan dengan  bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman sebagai pemilik  dan dibantu oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri yang juga ADUN Apas Datuk Nizam  Abu Bakar Titingan sebagai CEO,  Mustaqim Taufik (anak buah kepada Nizam) sebagai COO,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali sebagai penyumbang dana kewangan dan yang mengejutkan ialah pembabitan Ketua UMNO bahagian Tuaran yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai penasihat.

Antara pemimpin yang dikaitkan dengan protal Sabah Big Mouth

Memang portal ini sangat lancang seperti mulut gergasi dan melakukan serangan peribadi ke atas mana-mana pemimpin  terutamanya pemimpin UMNO Sabah yang menjadi seteru mereka dan diaibkan secara sesuka hati atas dasar kononnya ledakan teknologi tanpa sempadan. Protal tidak pula menyerang pemimpin dan parti  PGRS sebaliknya sasaran utama mereka ialah UMNO dan pemimpin utama UMNO Sabah iaitu Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, Bendahari UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said ,Ketua UMNO bahagian Labuan Datuk Mohd Rafi Datuk Mohd.Alli Hassan dan beberapa pemimpin lain dengan tujuan untuk menjejaskan keterbeliti serta reputasi mereka berdasarkan agenda lain yang tersembunyi.

Tidak hairan lambat-laun sikap rakus mereka ini, suatu masa dan bila tiba waktunya boleh memakan diri sendiri. Tiada yang mustahil.

Views: 211