PGRS KEMARUK JAWATAN SHAHELMEY JADI LIABILITI MEREKA

KOTA KINABALU: Kebelakangan ini gempar di akhbar dan media sosial beberapa kenyataan dan saranan beberapa orang pemimpin  Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) agar kuota Timbalan Ketua Menteri 3 diberikan kepada pemimpin kanan parti yang telah lama berjuang bagi membolehkan pemimpin yang lebih layak dan berpengalaman menduduki jawatan tersebut bagi membolehkan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat.

Ketika mencetuskan saranan itu baru-baru ini, Naib Ketua Bahagian PGRS bahagian Sukau, Azman Mastar  berkata jawatan Timbalan Ketua Menteri 3 sewajarnya tidak dikekalkan  kepada penyadang sekarang Datuk Ir Shahelmey Yahya  yang tidak berparti ketika ini dan ia perlu diserahkan kepada pemimpin kanan PGRS.

Naib Ketua Bahagian PGRS Sukau cetus cadangan agar TKM 3 yang disandang oleh Shahelmey diganti dengan pemimpin PGRS yang lebih berpengalaman dan berwibawa

Kenyataan itu jelas menunjukkan PGRS yang dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dilihat perlu berani melakukan perubahan supaya jawatan TKM 3 itu tidak terus dipertikaikan rakyat.

Ia juga memberi gambaran seolah-olah kepimpinan kerajaan negeri ingin memonopoli jawatan-jawatan penting di kementerian tertentu. Umpamanya jawatan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan dan Kewangan Jabatan Ketua Menteri dan terbaru pelantikan bekas bekas Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Tah Nia Jeman sebagai Pengerusi Baru Kolej Teknologi Yayasan Sabah yang juga asalnya  orang Tuaran .

Dalam pertubuhan sukarela seperti Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), majoriti yang dipilih dan dilantik dalam mesyuarat agung persatuan tersebut baru-baru ini walaupun didakwa tidak sah kebanyakan ahli jawatankuasanya terdiri dari pemimpin pemimpin PGRS, secara tidak langsung telah menafikan peranan mereka yang benar-benar layak dan berpengalaman dalam bidang sukan bola sepak.

Ekoran itu, bekas-bekas pemain dikatakan bukan saja kecewa dengan perkembangan itu malah mereka terus mempersoalkan serta meragui apa yang bakal berlaku terhadap persatuan sukan itu.

Pengarah Komunikasi dan Srategik UMNO Sabah Datu Rosman Datu Ahir Zaman berkata, secara rasional sewajarnya Datuk Ir Shahelmy Yahya  tidak layak memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri kerana beliau tidak mewakili mana-mana parti setelah keanggotaanya dalam UMNO digantung enam tahun. Paling malang, dia juga  tidak boleh menyertai mana-mana parti termasuk PGRS berikuatan kelulusan undang-undang  Anti Lompat  parti di Dewan Undangan Negeri  (DUN) baru-baru ini.

Bukan sahaja Shahelmy, tiga lagi ahli Parlimen iaitu Datuk Armizan Ali (Papar) Khairul Firdaus Akbar (Batu Sapi) Datuk Matbali Musah (Sipitang) dan ahli Parlimen Datuk Jonathan Yasin (Ranau) merupakan pemimpin yang tidak berparti dan hanya bersandarkan kepada GRS yang bukanya sebuah parti yang berdaftar.

Jika dilihat tindak-tanduk mereka yang lebih mesra dengan PGRS tetapi dalam masa yang sama tidak berani menyatakan pendirian mereka menyertai PGRS kerana takut kehilangan kedudukan sebagai Ahli Parlimen susulan RUU Anti Lompat Parti yang telah pun diluluskan

Malah sebelum ini tular di media sosial mengenai kenyataannya berhubung sering terputusnya bekalan elektrik di seluruh  negeri konon disebabkan penggunaan penghawa dingin yang tinggi oleh pengguna pada musim panas kebelakangan ini.

Nitezen menyifatkan kenyataan tersebut sebagai sesuatu yang “bodoh” datangnya daripada seorang yang berstatus menteri.

Ekoran dari itu  timbul beberapa  cadangan dari kalangan pemimpin-pempin PGRS agar beliau ditukar dengan pemimpin yang lebih berwibawa dan berpengalaman dari PGRS antaranya Datuk Masidi Manjun, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan atau kalau mengambil kuota Cina boleh saja dilantik Datuk Christine Liew Chin Jin yang sebelum ini di era pemerintahan Warisan pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri atau Datuk Yong Teck Lee walaupun sekadar ADUN dilantik juga boleh diangkat menjadi timbalan Ketua Menteri kerana beliau pernah menjadi Ketua Menteri sebelum ini

Menurut Datu Rosman, adalah mustahil bagi Hajiji untuk melantik pemimpin dari UMNO menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri sekiranya desakan para pemimpin PGRS untuk menukar Shahelmey menjadi kenyataan walaupun dari segi konsep yang diamalkan di peringkat kerajaan pusat ialah untuk mewujudkan Kerjaaan Perpaduan, namun ia adalah sesuatu yang mustahil dilakukan Hajiji kerana ia dilihat akan mengugat kedudukannya

Setakat ini  empat bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu bahagian Lamag,Karamunting,Sukau dan Sekong turut menyokong cadangan Azman agar jawatan Timbalan Ketua Menteri 3 yang disandang oleh Shahelmey ketika ini di gantikan dengan pemimpin dari PGRS yang lebih berpengalaman dan berwibawa

Malah difahamkan beberapa Adun Parti Warisan juga bukan sahaja mempersoalkan kedudukan penyandang TKM 3 sekarang ini namun mereka berpendapat jawatan itu seharusnya diberikan kepada pemimpin kanan yang berpengalaman serta mampu memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Views: 22