
TUARAN: Belum sempat menarik nafas panjang dengan isu kambing dan pasir silikon, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor sekali lagi dihimpit isu baru Tuaranisasi yang mengaitkan penguasaan orang-orang Tuaran dan sekitarnya dalam beberapa kementerian, jabatan, agensi dalam kerajaan negeri.
Ketua Menteri telah menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menempatkan mereka yang ada kaitan kekeluargaan dengannya untuk memegang jawatan penting di pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
Selain itu, selaku pemimpin nombor satu dalam kerajaan negeri, beliau juga memberi peluang kepada orang-orang dari Tuaran dan sekitarnya seperti dari Tamparuli dan Kiulu di kementerian dan jabatan tertentu.
Dalam satu senarai yang sampai kepada SabahDigest, Hajiji telah menempatkan anak dan anak-anak buahnya untuk memegang jawatan penting seperti anak beliau sendiri, Ghazali Hajiji sebagai Setiausaha Politik di Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di bawah menterinya, Datuk Armizan, anak perempuannya Nur Diyana Hajiji sebagai Penolong Pengarah Cerun di Kementerian Kerja Raya Sabah.
Nur Diyana telah mendapat kenaikan pangkat dari gred J41 ke J44 pada tahun 2021.
Manakala anak buah beliau, Datuk Sofian Nair telah dilantik menjadi Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah.Banyak isu mengaitkan Sofian dalam kementerian tersebut termasuk tidak sebulu dengan Menteri Kewangan, Datuk Masidi Manjun sehingga terdapat khabar angin untuk memindahkannya ke tempat lain.

Ketua menteri juga telah memberi peranan kepada sepupunya, Datuk Kassim Razali menjadi Ketua Setiausaha Politik dan telah dianugerahkan bintang kebesaran PGDK pada tahun 2021.
Anak saudara beliau, Datuk Tah Nia Jaman, bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah telah di bawa masuk untuk menjadi Pengerusi KKY Sdn Bhd dan turut menerima bintang PGDK.
Sepupu beliau, Haji Norjeli Dais pula telah dilantik sebagai Pengarah JAKIM dan turut dianugerahkan bintang PGDK selain melantik dua lagi anak buahnya, Ibrahim Terki sebagai Pegawai Daerah Membakut serta Hanafiah Diman menjadi Setiausaha Korporat Yayasan Sabah dan ahli lembaga pengarah KKYS Sdn Bhd.
Untuk merealisasikan Tuaranisasi, Haji telah menugaskan Adun Tamparuli, Datuk Jahid Jahim menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar, Adun Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai sebagai Pembantu Menteri Kebudayaan dan Pelancongan merangkap Pengerusi STB.
Tidak cukup dengan itu, ketua menteri juga telah melantik Datuk Rahman Dahlan sebagai Pengerusi SOGDC dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS. Sungguh pun Rahman merupakan Timbalan Ketua Umno Sabah tetapi beliau diibarat sebagai “jerangkap samar” yang di pasang dalam parti itu oleh “tangan-tangan ghaib”.
Adun Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya yang telah meninggalkan Umno telah ditugaskan sebagai Pengerusi Innoprise Corporation Sdn Bhd selain melantik Datuk Norliza Awang Alip sebagai Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Lain-lain yang berasal dari Tuaran yang dipercayai bagi melengkapkan agenda Tuaranisasi turut mengemudikan jabatan-jabatan tertentu seperti Frederick Kungan (Ketua Konservator Hutan), Marjan Osman (Pengarah Hal Ehwal Bumiputera Sabah), Noorazmahira Noorzain (Pegawai Khas KM), Elvin Alrick Jilan (Setiausaha Silut KM), Mokhtar Husin (Pegawai Daerah Putatan), Sani Arsad (Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Marudu), Kamariah Ismail (Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Belud), Farizal Setoh (Timbalan Presiden II Majlis Perbandaran Sandakan), Johari Saiman (Setiausaha Politik Kementerian Kewangan}, Fauzi Norbeh (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Kewangan JKM), Lucy Irene Yong (Pengarah Media dan Komunikasi JKM) dan Dzulkifli Ghulamdin (bekas Pengarah Jabatan Pertanian yang berpencen pertengahan tahun 2023).
Views: 215