
SEMBUR…Jeffery menyaburkan air dari pili bomba kepada kanak-kanak ketika merasmikan program khatan beramai-ramai anjuran UMNO Bahagian Putatan dengan Kerjasama PDM Tengah Padang Petagas
PUTATAN: Pemimpin dan Ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan perlu sentiasa mengaktifkan gerak kerja bersama Masyarakat secara berterusan agar UMNO dekat di hati masyarakat disamping dapat memperkukuhkan semangat perpaduan.
Ketua Umno bahagian Putatan ,Jeffrey Nor Mohamed berkata, pelbagai program boleh dilaksanakan yang melibatkan komuniti setempat dimana selain semangat perpaduan dapat perkukuhkan masyarakat juga boleh mendalami hala tuju serta perjuangan parti.
“ Banyak acara boleh kita laksanakan seperti program gotoyong royong, sukan, dan sebagainya walaupun ianya dianjurkan dalam sekala kecil namun ianya memberikan kesan yang positif dalam usaha kita melahirkan masyaraky yang Bersatu padu” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pertandingan memancing anjuran UMNO Pusat Daerah Mengundi Tengah Padang Petagas dengan kerjasama Anglers Team dekat sini baru baru ini.

TAHNIAH…Jeefrey ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang dalam pertandingan memancing anjuran PDM Tengah Padang Petagas dengan kerjasama Anglers Team
Pada masa yang sama juga Jeefrey yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Negeri Sabah memberi tahu,UMNO Bahagian Putatan dengan kerja sama PDM Tengah Padang juga telah menganjurkan program berkhatan beramai-ramai yang bertujuan untuk meringankan beban ibubapa menghantar anak-anak mereka berkhatan di klinik swasata.
“ Program ini memberikan peluang kepada rakyat khususnya ibubapa sempana cuti sekolah ini untuk mendapatkan kemudahan percuma bagi mengkhatankan anak-anak mereka disamping dapat mengurangkan beban kewangan mereka untuk menanggung kos rawatan” katanya.
Menurut beliau program tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sebagai program tahunan UMNO bahagian Putatan.

BERI SEMANGAT..Jeefrey ketika memberikan semangat kepada salah seoran kanak-kanak yang menyertai program khatan beramai-ramai.
Dalam pada itu Jeefrey juga meminta sayap parti Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO perlu menganjurkan kegiatan mereka bagi mendekati pengundi muda.

MERIAH,…Antara peserta yang menyertai pertandingan memancing.
Menurut beliau pengundi 18 tahun adalah golongan penting yang perlu diberi perhatian kerana mereka merupakan penyumbang undi terbesar setelah Undi 18 dikuatkuasakan pada PRU ke-15 lepas.
“ Kita (Umno) kena fokas golongan ini pendekatan kita selari dengan citarasa mereka disamping kita perlu sampaikan maklumat sahih bagi mempastikan mereka mendapat info yang tidak benar dari pihak lain” katanya.
Jeefrey menambah apa yang penting adalah dari segi maklumat yang tepat mengenai dasar dan hala tuju parti serta maklumat peluag-peluang yang disediakan oleh Kerajaan yang boleh mereka sertai seperti peluang pendidikan, kerjaya dan peluang perniagaan.
Menurut Jeefrey yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pusat Giat Mara Daerah Parlimen Putatan dengan penjelasan dan maklumat tepat kepada golongan ini akan mendorong mereka untuk memberikan sokongan kepada UMNO/BN
“ Kemunculan Media Sosial yang diguna pakai oleh tentera siber pihak lawan ketika ini, propaganda turut meracuni pemikiran anak muda justeru usaha kita selain menggunakan media sosial menyampaikan maklumat dasar serta perjuangan parti kita juga perlu turun padang menyentuni golongan ini secara bersekemuka melalui program-program yang dianjurkan” katanya
Views: 6