KERAJAAN DIGESA MEMBUAT PERSEDIAAN AWAL  BAGI MENANGANI KRISIS AIR DI NEGERI INI EKORAN FENOMENA EL NINO CUACA PANAS DAN KEMARAU YANG BERLAKU KETIKA INI

JEEFERY NOR MOHAMED Ketua Umno Bahagian Putatan.

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah  perlu membuat persediaan awal bagi menangani  kriris bekalan air ekoran fenomena  cuaca panas dan kekurangan hujan (kemarau) yang mula melanda negeri ini sejak awal januari lepas.

Ketua UMNO Bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed berkata persediaan awal ini penting bagi memastikan belakan air bersih mencukupi dan tidak membebankan pengguna (rakyat) di negeri ini.

Beliau berkata walaupun  Sabah  pernah beberapa kali mengalami fenomena itu, persiapan awal meliputi semua aspek perlu bagi mengelakkan kepanikan melampau.

Menurut beliau keadaan cuaca panas dan kekurangan hujan yang  berlaku di negeri ini sejak awal tahun lepas dibimbangi akan berterusan untuk beberapa bulan lagi dan ini sudah tentu turut menjejaskan bekalan air bersih di negeri ini

“Justeru, persediaan kerajaan adalah memantau semua aras air sungai dan empangan, mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan, meneroka sumber air alternatif, menggalakkan orang ramai dan industri menjimatkan penggunaan air, serta melakukan penghasilan awan dan menyediakan sokongan logistic jika keadaan memerlukan ” katanya dalam hantaran di media sosial milik beliau kemarin.

Jeffery yang juga Pengerusi Jabatan Pilihanraya UMNO Sabah, menzahirkan kebimbangan ini, ekoran kekerapan terputusanya bekalan air bersih di beberapa buah daerah khususnya di sekitar Tuaran Kota Kinabalu dan di beberapa daerah lain di negeri ini walaupun kemarau belum berlaku .

“ Walaupun kenyataan demi  kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan berhubung dengan bekalan air di negeri ini dijangka akan  stabil dengan beberapa inisiatif yang sedangkan dijalankan oleh kerajaan seperti  penyiapan loji bekalan air  Telibing II yang dijangka beropresi sepenuhnya Feb tahun ini, namun masalah terputus  bekalan air masih berlaku di TUaran, Kota Kinabalu termasuk di lain-lain derah di negeri ini” katanya.

Jeffery menambah lebih malang lagi terdapat beberapa aduan sebagai mana yang tular di media sosial isu pengguna menerima bekalan air yang tahap kerbersihanya menjijikkan diibarat seperti air milo dan berbau ini bukan sahaja berlaku di daerah Kota Kinabalu malah turut berlaku di lain-lain daerah.

Penduduk di beberapa buah kawasan sekitar Kota Kinabalu dan di beberapa buah daerah mendakwa mereka menerima bekalan air dari paip yang kotor dan berbau

“ Kita berharap pihak berkenaan perlu memastikan setiap air yang dibekalkan kepada pengguna perlu pemantauan dari segi kualiti air yang dibekalkan sebelum disalurkan kepada pengguna” tegas Jeffery.

Jeefrey  berkata persediaan perlu dibuat dari sudut mental dan fizikal bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti krisis air yang menyebabkan langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat sekali gus memberi impak terhadap aktiviti manusia.

Dalam pada itu Jeffery juga menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kebakaran. Bahan-bahan mudah terbakar perlu disimpan dengan baik manakala aktiviti pembakaran terbuka seperti membakar sampah, sisa pertanian dan sisa pembinaan perlu dielakkan.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Nor baru-baru ini dalam kenyataan medianya berkata, Kerajaan negeri akan menanganu masalah air bagi memastikan penduduk di setiap kawasan mendapar bekalan air mencukupi terutamanya ketika menghadapi fenomena El Nino atau cuasa panas dan kemarau ketika ini.

Hajiji , berkata beliau turut memberikan komitmen untuk menyelesaikan isu bekalan air yang sering membelenggu penduduk negeri pada tahun ini, termasuk menaik taraf dan menambah baik loji rawatan di semua daerah.

Menurut beliau Kerajaan negeri juga juga mendapat bantuan daripada kerajaan pusat RM300 juta yang akan  gunakannya untuk menyelesaikan masalah air di Sabah).

“ Rakyat, jangan bimbang. kita (Kerajaan ) akan berusaha sedaya upaya menanganinya” katanya

Views: 12