PEMUDA UMNO LAHAD DATU MINTA KERAJAAN MENCARI JALAN MENANGANI MASALAH BANJIR DI KAMPUNG AIR PORT TUN FUAD KUNAK

TINJAU…Anil ketika meninjau keadaan Sungai dan jalanraya  selepas berlakunya banjir dalam di kampung tersebut

KUNAK: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lahad Datuk Seri Dr.Anil Sandhu meminta pihak berkenaan agar  mencari jalan untuk  mengurangkan risiko banjir yang saban tahun berlaku di kampung  Air Port  Tun Fuad Kunak.

Katanya,  terdapat sekitar 36 buah kampung di kawasan tersebut, bagaimanapun kampung Air Port Tun Fuad merupakan perkampungan yang saban tahun akan berhadapan dengan masalah  banjir yang menjejaskan kehidupan penduduk di kampung tersebut.

“  Sememangnya kita tidak boleh  mengelak bencana alam yang berlaku, bagaimanapun kita (Kerajaan) terutama nya jabatan atau agensi yang terlibat  perlu ada perancangan teliti bagaimana mengurangkan risiko  banjir di kawasan ini , antaranyanya ialah meluruskan atau mendalamkan sungai  di kampung tersebut ,dimana langkah ini dapat mengurangkan risiko banjar terlalu lama, selain mempercepatkan aliran air keluar daripada bertekun” katanya ketika ditemui selepas meninjau keadaan selepas banjir di kampung tersebut dan seterusnya menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

RINGAN BEBAN…Anil ketika menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang penduduk yang terjejas banjir di kampung tersebut

Menurut Anil yang juga Bendahari Pergerakan Pemuda Umno Sabah ,wakil rakyat di kawasan tersebut perlu memainkan peranan proaktif bagi mencari jalan penyelasaian untuk  memohon peruntukan dari kerajaan atau menggunakan peruntukan Adun untuk melaksanakan projek bagi mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut.

“ Diperingkat Pemuda Umno sememangnya kita tidak mempunyai peruntukan untuk menyelasaikan isu ini, namun usaha kita menyuarakan kepada pihak berkenaan untuk mencari penyelasaian “ katanya.

Menurut beliau apa yang termampu dilakukan oleh Pergerakan Pemuda Umno ialah  menghulurkan sedikit sumbangan untuk meringankan beban mangsa-mangsa  yang terlibat” katanya.

Anil juga turut menyentuh mengenai sistem perhubungan jalanraya ke kampung tersebut yang terkesan dan mengalami kerosakan selepas dilanda banjir dan meminta pihak berkenaan mengambil langkah segara untuk memperbaikinya ini kerana  ianya merupakan laluan utama penduduk kampung di kawasan tersebut.

“ Saya minta siapa sahaja bergelar wakil rakyat di kawasan ini agar dapat turun padang memantau  melihat masalah penduduk di kampung dan mencari jalan penyelasaian jangan turun padang  hanya ketika pilihanraya” katanya  

Dalam perkembangan berkaitan Anil juga meminta Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam daerah agar dapat menyediakan sebuah bot untuk kegunaan penduduk di kampung tersebut.

Menurut beliau bot merupakan keperluan penting digunakan oleh  penduduk terutamanya bila berlaku banjir dan berlaku  kes kes kecemasan  dan pemindahan penduduk kampung ke tempat yang lebih selamat .

Views: 3