HADIAH LUMAYAN MENANTI JUARA KEJOHANAN BOLA SEPAK SEMBILAN SEBELAH MEREBUT PIALA KETUA PEMUDA BAHAGIAN UMNO BEAUFORT

BEAUFORT –  Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort dengan kerja sama  Beaufort Football Chanel ,maju setapak lagi dalam pembangunan bola sepak di negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Beaufort, apabila menganjurkan Kejohanan Bola Sepak  Sembilan sebelah terbuka seluruh Sabah pada  9-10 Mac ini, bertempat di Kompleks Sukan Beaufort .

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu menjanjikan hadiah  lumayan yang bakal direbut oleh pasukan yang menyertainya bernilai  keseluruhanya RM26,000.00 dimana Johan akan menerima wang tunai RM15,000.00 piala, medal dan hamper, Naib Johan akan menerima wang tunai RM7,000.00 piala, medal dan hamper sementara tempat ketiga akan menerima wang tunai RM4,000.00 piala madel dan hamper.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Ak.Mohd Yazri Ak.Mohd Yahya (gambar)  berkata, dengan penganjuran  bertaraf peringkat negeri ini, Pergerakan Pemuda bahagian Umno Beaufort berjaya membuat perancangan untuk mengembangkan lagi sukan bola sepak di negeri ini khususnya untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bola sepak untuk diketengahkan ke peringkat selanjutnya.

Menurut beliau selain matalamatnya untuk mengembangkan sukan bola sepak kejohanan tersebut juga menjadi medium untuk menyatukan masyarakat khususnya di kalangan belia untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti sehat bagi menghindari  terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral.

“ Kita faham sukan bola sepak ada antara sukan yang digemari ramai khususnya di kalangan belia, justeru kejohanan ini selain menjadi platfrom untuk mencungkil bakat-bakat baru sukan bola sepak  dalam usaha melahirkan pemain yang berkualiti dan menjadi pelapis kepada pasukan bola sepak negara, kita berharap kejohanan ini juga akan  menjadi wadah perpaduan masyarakat ,ini kerana penyertaanya terbuka dari seluruh Sabah” katanya ketika ditemui di sini kemarin.

Ak Mohd Yazri menambah kejohanan tersebut akan mengenakan yuran penyertaan  sebanyak RM2,000 untuk setiap pasukan yang menyertainya dan pendafaran masih dibuka untuk pasukan atau kelab bola sepak di negeri ini yang ingin menyertai kejohanan tersebut.

Bagi Kelab atau  pasukan  bola sepak yang ingin menyertai kejoahan ini mereka boleh berhubung dengan Aya di talian 014-6789708, Awis 013-3388871 Dadi 012-8372908 dan Naz 016-2098793 untuk mendapatkan borang penyertaan serta  keterangan lanjut kejohanan ini.

Views: 23