KERAJAAN PERPADUAN IKTIRAF PENGWUJUDAN JPKKP DI SABAH: BUNG MOKTAR

TAHNIAH…Bung diringi oleh Peter, Raimee, Salleh dan Jamal menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi JPKKP kepada salah seorang pengerusi sempana majlis tersebut

TENOM: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menegaskan tidak timbul isu dari mana-mana pihak di negeri ini.yang tidak mengiktiraf pengwujudan  Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di negeri ini ,kerana ianya diiktraf oleh kerajaan Pusat (Perpaduan)

Sehubungan dengan itu beliau berkata mereka yang telah menerima watikah pelantikan sebagai pengerusi JPKKP  perlu menjalankan  tugas dengan penuh amanah serta  membuktikan keupayaan serta tanggungjawab di kampung masing-masing.

“ Pikul tanggugjawab serta amanah yang diberikan,  jangan hilang fokas, jika kerajaan negeri tidak mengiktiraf pelantikan ini, kerajaan pusat (Perpaduan)  yang mengiktiraf pelantikan tuan-tuan” katanya ketika berucap merasmikan penyerahan watikah pelantikan JPKK (Komuniti Desa Madani) untuk Dun Kemabong dan Melalap di Dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Antanom kemarin.

DIHARGAI…Bung menerima cendera kenangan dari Peter selepas merasmikan program tersebut

Hadir sama  Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Jamal Nerubi, Wakil Rakyat DUN Melalap Datuk Peter Anthony,Ketua Umno Bahagian Tenom Datuk Raimee Unggi, Pegawai Kemas  Daerah Tenom Riyanti Mikail Pengurus Giat Mara Tenom Didie Norhazrilah Latif

Menurut Bung yang juga Ketua Umno  Sabah, pengwujudkan jawatan JPKKP di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)di negeri ini bertujuan untuk mengimbangi kuasa di peringkat daerah oleh kerajaan negeri dimana pemimpin akar umbi sebelum in seperti Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung ,Pemaju Mukin Pengerusi JKKK dari Umno/BN di tukar  atau ditamatkan perkhidmatan mereka dan kini  dimonopli oleh satu kelompok dari satu parti sahaja.

“ Di dalam Dewan Undangan Negeri ,dalam ucapan pemimpin utama negeri, mengakui  menyokong  konsep kerajaan perpaduan,namun sebaliknya bukan setakat pelantikan jawatan yang tidak seimbang malahan  kawasan DUN yang diwakili  wakil rakyat dari Umno/BN tidak mendapat peruntukan tahunan” jelas Bung

Sehubungan dengan itu  menurut Bung Umno/BN Sabah, terpaksa berunding  dengan kerajaan pusat khususnya KKDW bagi mengwujudkan JPKK di Sabah bagi mengimbangi keperluan  pembangunan  berdasarkan kepada ,kepadatan serta geografi di Sabah khususnya di luar bandar yang masih memerlukan perhatian dari aspek pembangunan dan  peningkatan siso ekonomi rakyat di luar bandar.

“ Kita yakin dengan kewujudan JPKK di setiap kampung di negeri ini mampu memperkasakan lagi aspek pembangunan dan peningkatan siso ekonomi masyarakat luar bandar yang masih memerlukan perhatian dari kerajaan pusat walaupun kerajaan negeri telah mengiktiraf  rakyat Sabah sudah bebas dari garis kemiskinan  namun sebaliknya masih ada rakyat di kawasan luar bandar masih memerlukan pembelaan ” jelas Bung.

Tambah Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dengan dana peruntukan sebanyak RM100 ribu setahun kepada setiap JPKK di negeri ini, ianya boleh dimanafaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup dan ekonomi masyarakat kampung sama ada untuk projek-projek kecil dan program  ekonomi seperti penganjuran kurus jahitan, makanan kraftangan bagi memberikan kemahiran kepada penduduk untuk menceburi bidang perniagaan bagi meningkatkan taraf siso ekonomi mereka.

“ Selepas pelantikan ini Kemas akan  memberikan taklimat atau kurus untuk menyelaraskan fungsi serta peranan JPKK terutamanya untuk  membuat perancangan dan pelaksanaan projek / program di kampung disamping menggerakkan penglibatan komuniti setempat’ katanya.

Views: 7