JENTERA PARTI FOKAS PERKUATKAN UMNO SEBELUM FIKIR SOAL GABUNGAN DENGAN PARTI LAIN-BUNG MOKTAR

TERUS BERJUANG…Bung (Tengah) bersama kepimpinan Umno bahagian Papar yang hadir ke majlis tersebut

PAPAR:  UMNO Sabah perlu memberikan keutamaan terlebih dahulu untuk memperkukuhkan parti di semua peringkat sebelum memikirkan soal kerjasama bersama parti gabungan lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN-17) akan datang.

Sehubungan dengan itu Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta ahli dan jentera parti agar tidak memikirkan soal gabungan bersama parti lain sebaliknya keutamaan ketika ini memberikan perhatian kepada persediaan serta membina kekuatan UMNO itu  sendiri.

“ Tiada gunanya kita memikirkan soal kerjasama dengan parti lain, jika jentera  parti kita lemah dan tidak terurus . Apa yang penting ketika ini ialah  fokas kepada persiapan  jentera parti , jika kita kuat pihak lain akan menghormati kita ,bahkan mahu bekerjasama dengan UMNO” katanya  ketika berucap merasmikan penutupan program pemukiman ( retreat) UMNO Bahagian Papar di sini pada ahad.

AMANAT..Bung ketika berucap merasmikan majlis tersebut.

Menurut Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah jentera parti di semua peringkat perlu kukuh dan berusaha untuk mengatasi serta  memperbaiki segala kelemahan yang ada.

“ Jika kita gagal mengatasi atau memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada ianya akan mengundang kepada kekalahan” katanya.

Dalam pada itu Bung berkata, UMNO Sabah mengalu-alukan soal kerjasama bersama parti gabungan yang lain bersandarkan kepada prinsip menghormati perjanjian satu sama lain iaitu bukan sahaja memberikan manfaat kepada parti tapi juga rakyat Sabah secara keseluruhannya.

“Kita banyak belajar dari proses gabungan sebelum ini jadi perkara ini turut mematangkan UMNO Sabah, bagaimana pun sebarang keputusan untuk bergabung dengan lain lain parti ianya tidak akan merugikan UMNO, yang penting UMNO Sabah perlu diperkuatkan terlebih dahulu’ katanya.

DIHARGAI…Jamal menyampaikan cendera kenangan kepada Bung selepas merasmikan program tersebut

Dalam perkembangan yang sama  Bung turut mengingatkan agar ahli-ahli UMNO agar membudayakan kerja berjemaah dimana ianya merupakan nadi utama kekuatan UMNO

Katanya kekuatan UMNO bukanlah kekuatan individu, tapi kekuatan UMNO adalah dengan semangat kerja berpasukan  yang perlu diamalkan dalam mempertahankan institusi  UMNO.

Mengulas program tersebut Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, ianya merupakan satu pendekatan terbaik yang perlu diteruskan oleh lain-lain  bahagian-UMNO di negeri ini.

“ Pemukiman (retreat) ini mengumpulkan  jentera parti semua peringkat pelbagai perbincangan, yang menjurus kepada strategi parti khususnya untuk menghadapi PRN boleh dibincangan melalui  percembahan minda dan pertukaran idea yang boleh diguna pakai untuk memperkukuhkan dan memperkemas kinikan jentera parti” katanya. Hadir sama di majlis tersebut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Rafi Ali Hassan, Ketua Umno bahagian Papar Datuk Jamal Nerubi, Timbalan Ketua Umno bahagian Papar Tamin Zainal, Naib Ketua Bahagian Rizwan Ismail dan Ketua Wanita Umno bahagian Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Views: 7