JENTERA WANITA  BERPERANAN PENTING PASTIKAN KEMENANGAN BN UNTUK PRN-17 : JEFFERY

BERSEMANGAT…Jeffery ketika berucap semasa majlis tersebut.

PUTATAN: Pengarah Jabatan Pilihan Raya Umno Sabah Jeffery Nor Mohamed berkeyakinan Wanita UMNO /BN akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan kebangkitan penuh UMNO/BN  pada Pilihan Raya  Negeri (PRN) Ke-17 akan datang.

Katanya, bersama sayap  Pemuda dan Puteri UMNO Wanita UMNO/BN bersama jentera Jalinan Rakyat (JR) terus  bangkit dalam usaha membantu parti untuk terus bergerak ke hadapan dalam mendepani cabaran hari ini.

“ Wanita UMNO/BN adalah tunjang  utama parti yang sentiasa siap siaga setia dan berkhidmat tidak mengira apa tugasan yang diberikan” katanya semasa berucap dalam perjumpaan dan penyusunan strategi dan sistem  Jentera Jalinan Rakyat (JR) BN/Umno bahagian Putatan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat kemarin.

Hadir sama Ketua Wanita Umno bahagian Putatan Datuk Juriah Palasin bersama kepimpinan Wanita Umno bahagian Putatan.

Menurut Jeffery yang juga Ketua Umno bahagian Putatan semangat jentera Wanita melalui (JR) bukan sahaja tinggi malah diyakini serta terbukti sebagai barisan hadapan parti pada setaip Pilihan Raya sebelum ini.

Dalam hubungan ini Jeffery berharap  Kesepakatan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) perlu diperkukuhkan lagi dengan melaksanakan perancangan dan strategi baharu dalam menghadapi satu lagi senario politik yang semakin mencabar.

Menurut beliau pada waktu yang sama pihak lawan  sedang memperkukuhkan kedudukan mereka dengan memperbanyakkan rakan mereka di dalam gabungan mereka bagaimanapun tambah Jeffery sebelum PRN berlangsung gabungan mereka sudah kelihatan tidak sekata ,sebelah pihak mahu menjalin kerjasama dengan parti-parti nasional manakala sebelah pihak mahu parti tempatan.

Dalam pada itu Jeffery turut mengingatkan jentera Wanita BN/UMNO pelbagai isu yang akan ditimbulkan pihak lawan antaranya “ sentiment antti  Malaya” dan berbagai lagi atas dasar itulah jentera parti termasuk Wanita perlu berwaspada dan siap siaga menghadapinya.

“Kita jangka akan ada banyak lagi yang mereka akan timbulkan… Apa pun kita perlu siap siaga dan khuatir tidak bersedia sepenuhnya untuk menjawab isu-isu yang ditimbulkan pada saat akhir yang akhirnya dibimbangi mempengaruhi pemikiran rakyat, ” ujarnya lagi.

Mengenai program tersebut Jeffery berkata ianya akan diteruskan di dua kawasan DUN lagi iaitu DUN Petagas, dan Tanjung Aru.

Views: 7