
DATUK SUHAIMI HAJI NASIR Ketua Penerangan Umno Sabah
KOTA KINABALU: UMNO Sabah tampil memperbetulkan kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor hari ini (ahad) yang menyatakan hanya Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar yang menarik diri bagi menyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan beliau.
Menurut Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Suhaimi Nasir ,kenyataan Hajiji yang juga Pengerusi GRS , mengelirukan dan boleh memberikan persepsi negetif terutamanya di kalangan ahli-ahli Umno di negeri ini tindakan menarik sokongan tersebut diputuskan secara individu.
Sambil merujuk keputusan mesyuarat Badan Perhubungan Umno pada Januari 2023 dan yang dipengerusikan oleh Bung dan sidang media selepas mesyuarat tersebut yang turut dihadiri oleh beberapa orang wakil rakyat (UMNO) ada yang bertaraf Menteri dan Pembantu Menterti termasuk Ketua-Ketua Umno bahagian ,keputusan menarik sokongan terhadap kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi GRS adalah dibuat secara konsesus bukanya secara individu
“ Hari ini Umno Sabah tampil mempebetulkan kenyataan Hajiji yang menyatakan hanya Bung yang menarik sokongan kepada kerajaan GRS, tapi fakta sebenarnya keputusan tersebut dibuat sebulat suara oleh kepimpinan Umno Sabah” jelas beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Hajiji dalam kenyataan medianya pada Ahad menegaskan hanya segelintir pemimpin dalam UMNO Sabah yang menarik diri menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“ Sekarang kita boleh lihat di Sabah ini ia unik, yang tarik diri daripada sokongan kerajaan ialah UMNO Bung Moktar (Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin)” katanya.

Keratan Akhbar berkaitan
Menurut Suhaimi yang juga Ketua Umno bahagian Libaran , kenyataan Hajiji bukanlah berdasarkan fakta tapi merupakan kenyataan auta yang boleh menimbulkan prasanga negetif di kalangan ahli-ahli Umno Sabah.
Mengakui memang masih ada pemimpin Umno masih mengangotai kabinet negeri Sabah kerajaan GRS ,,bagaimanapun ianya hanya bertaraf sebagai Pembantu Menteri dan diletakkan di Kementerian yang tidak begitu penting dengan kuasa yang terhad dijanjikan peruntukan tapi hanya janji palsu.
Suhaimi berkata, bagi jawatan Menteri sebagai mana yang didakwa oleh Hajiji ,bukanlah mewakili Umno kerana keahlian Menteri berkenaan telah digantung dan ianya bukanlah mewakili Umno Sabah.
“ Memang kita akui masih ada Adun Umno/BN dalam barisan Kabinet negeri Sabah sekarang, bagaimana ini hanya merupakan lakonan semata-mata bagi menutup kelemahan serta kesalahan lalu, ini kerana sebelum ini GRS pimpinan Hajiji tanpa melakukan perbincangan dikalangan anggota gabungan GRS turut menyokong Perikatan Nasional (PN) selepas PRU Ke-15” katanya.
Bagaimana pun menurut Suhaimi yang juga Adun dilantik, selepas (PN) dibawah pimpinan, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal membentuk kerajaan, GRS pimpinan Hajiji membuat pusingan 360 darjah menyokong PH bagi membentuk kerajaan perpaduan.
“ Inilah sebenarnya gambaran sebuah parti dan kerajaan yang tidak memiliki prinsip dan pendirian ,malah lebih mencerminkan kecelaruan di dalam GRS ada pemimpin kananya menjawat jawatan penting bersama PN (dua alam) termasuk mengekalkan wakil PAS sebagai Adun lantikan tapi dalam masa yang sama mendabik dada menyokong Kerajaan Perpaduan” katanya.
Tambah Suhaimi permainan wayang yang dilakukan oleh GRS hari ini hanya untuk mengeburi mata semua pihak termasuk Perdana Menteri sebagai simbol menyokong PH ,namun dalam masa yang sama pemimpin GRS pula mengeluarkan beberapa sentiment “ini Rumah kita,kita jaga, “ Tolak Parti Malaya” yang tentu saja bukanya dikhususkan kepada Umno sahaja ini kerana didalam gabungan PH turut dianggotai parti Keadilan ,DAP dan PAS parti yang berpengkalan di Semenanjung Malaysia. “ Hakikaktnya pemimpin -pemimpin GRS lebih suka bermain politik demi menjaga kedudukan dan kepentingan mereka bukannya menjaga kepentingan rakyat Sabah sebab itu mereka gagal mengotakan gagasan “ Sabah Maju Jaya” Katanya
Views: 12