PELUANG PERKUKUH PERPADUAN SEMASA MUSIM PERAYAAN: JEFFERY NOR

RAIKAN..Jeffery bersama rombongan mengambil gambar kenangan bersama jawatankuasa Sri Subramaniar Temple Lok Kawi

PUTATAN:  Sambutan perayaan masyarakat majmuk di negara ini adalah  antara platfrom penting yang  sangat  signifikan untuk memupuk dan memperkukuh tahap perpaduan  dalam kalangan anggota masyarakat.

Dalam hubungan ini, Ketua Umno bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed berkata, rakyat perlu mengambil peluang melalui perkongsian setiap perayaan untuk mengukuhkan lagi perpaduan dengan mengamalkan nilai-nilai murni, hormat menghormati, bertolak ansur dan sentiasa peka antara satu sama.

SAMBUTAN…Jeffery dipakaikan pakaian tradisional sejurus tiba di majlis tersebut

Menurut beliau ini merupakan sesuatu perkara yang penting bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang merupakan asas kepada kstabilan negara.

“ Masih banyak yang perlu kita lakukan untuk memperkukuhkan tahap perpaduan antara kaum di negara kita

“ justeru anggota masyarakat tidak boleh merasa bosan untuk bercakap tentang keperluan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat kerana perpaduan adalah tunjang kestabilan negara selaian menjadi faktor penting kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Deepavali Sri Subramaniar Temple Lok Kawi Putatan kemarin.

Menurut beliau, setiap warganegara yang bertanggungjawab dan mahu negara ini kekal aman,harmoni serta stabil perlu memikul amanah untuk mempertahankan jambatan perpaduan yang telah diwariskan oleh pemimpin terdahulu.

Sehubungan dengan itu menurut beliau adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk menjaga dan memelihara perpaduan khususnya anak-anak muda yang bakal menyambung legasi kepimpinan negara pada masa akan datang,

“ Kita bimbang walaupun pelbagai usaha untuk memperkukuhkan perpaduan ,namun bibit-bibit perpecahan sentiasa berlaku di kalangan masyarakat yang suka mengupas segala isu dalam kontek agama dan kaum selain mencetuskan provokasi  serta kontroversi  sehingga tidak menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat” katanya.

Dalam hubungan ini Jeffery meminta rakyat agar tidak mudah dipengaruhi  oleh golongan yang ingin merosakan tahap perpaduan dan keharmonian yang sediada demi kepentingan politik mereka.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya Umno Sabah turut menjelaskan perpaduan rakyat membolehkan kerajaan terus melaksanakan pelbagai perancangan, dasar serta program pembangunan bagi memastikan negara khususnya di  Sabah terus membangun dengan pesat.

Views: 10