
CERIA…Siti Aminah,Awang Aslee kepimpinan Umno Bahagian ,Kaki Tangan Pusat Khidmat Parlimen Beaufort bersama para penerima sumbangan tersebut.
BEAUFORT: Pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi terdiri dari Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Desa Madani(JKDM) ketua-ketua cawangan Umno diminta agar proaktif mengenal pasti penduduk setempat yang memerlukan bantuan segara.
Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Aminah Aching berkata walau pun kerajaan telah dan akan menyalurkan bantuan seperti bantuan Tunai Rahmah (STR) Sumbangan Asas Rahmah(Sara) bantuan awal persekolahan dan sebagainya namun tidak semua rakyat khususnya golongan B40 dapat menikmatinya disebabkan tercicir dalam pendaftaran sistem e-kasih.

RINGANKAN BEBAN..Siti Aminah diiringi oleh Awang Aslee dan Ustaz Haji Jaluddin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempana majlis tersebut,
Menurut beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno tidak semua rakyat boleh memanafaatkan kemudahan pendafran secara on line kerana ketiadan kemudahan internet ,apa lagi golongan warga emas yang tiada kemahiran menggunakan kemudahan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai maklumat tentang bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri atau persekutuan menyebabkan golongan ini tercicir daripada menerima bantuan yang sewajarnya.
” Justeru tugas pemimpin akar umbi ,mereka perlu turun padang kenal pasti rakyat di kawasan diwakili yang belum menerima bantuan,bagi pejelasan bantuan dari kerajaan yang mereka boleh pohon dan yang penting bantu mereka yang belum berdaftar dalam sistem e-kasih untuk didaftarkan” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Jelajah Prihatin 2024 Pusat Khidmat Parlimen Beaufort di Dewan Janang Gayuh Kampung Kukut baru-baru ini.
Hadir sama Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat, Timbalan ketua Bahagian Ustaz Haji Jaluddin Kadir, Naib Ketua Bahagian Abdul Rashid Matahon,Setiausaha Umno bahagian Abdul Rahman Taib dan Ketua Wanita Umno bahagian Beaufort Juriffah Saflie.
Siti Aminah yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Risda Semaian dan Landskap Sdn Bhd berkata, walaupun ada pihak di negeri ini menyembut kadar kemiskinan telahpun dinoktahkan namun dari lawatan turun padang yang dilakukan oleh pusat khidmat Parlimen termasuk Umno bahagian realitinya masih banyak rakyat yang memerlukan bantuan.
Sehubungan dengan itu katanya Program Jelajah Prihatin Pusat Khidmat Parlimen Beaufort dengan bantuan Umno bahagian ditubuhkan dengan tujuan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan segara dapat dibantu.
“ Matlamat program ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan, melalui program jelajah prihatin dan turun padang yang kami lakukan masih ramai golongan yang memerlukan bantuan” katanya.
Di majlis tersebut seramai 360 orang yang layak menerima dari kawasan Pusat Daerah Mengundi Limbawang menerima sumbangan masing-masing berupa bahan makanan dan kewangan.
Terdahulu dalam program yang sama turut di adakan di Pusat Daera Mengundi Kebulu
Views: 10