PENDUDUK USIR “ORANG LUAR” CEROBOH PADANG KINGFISHER

Padang bola Taman Kingfisher yang dikatakan diceroboh “orang luar”.

KOTA KINABALU: Penduduk Taman Kingfisher dekat sini telah mengusir “orang luar” yang menceroboh padang bola sepak taman tersebut kerana dikatakan menggunakan kemudahan itu sesuka hati di samping menyebabkan kesesakan jalan raya di luar kawasan padang itu.

Mereka mendakwa orang-orang luar itu telah menganggu ketenteraman awam mereka terutama pada hujung minggu akibat kegiatan bola sepak yang mereka jalankan di situ.

“Kemudahan padang ini hanya untuk kegunaan penduduk taman dan orang luar tidak sepatutnya datang untuk menceroboh mengadakan aktiviti di sini,” kata seorang penduduk yang enggan namanya disebutkan.

Difahamkan penduduk taman tersebut terkejut dengan kehadiran orang-orang dari luar itu beberapa minggu sebelum ini mengakibatkan kesesakan lalu lintas kerana kenderaan para penceroboh terlibat diletakkan di kawasan jalan raya berhampiran.

Mereka menganggu keadaan di kawasan perumahan menimbulkan kemarahan penduduk yang menyebabkan mereka mengusir para penceroboh tersebut.

Beberapa penduduk taman itu telah mengenal pasti beberapa orang terlibat termasuk ibu bapa yang merupakan kakitangan kerajaan dan swasta dan mendakwa mereka sepatutnya tahu bahawa perbuatan mereka itu adalah salah.

Baru-baru ini, Sabah Digest melaporkan berkaitan salah laku seorang jurulatih, Bagio Sarman yang menyebabkan dia diberhentikan tugas sebagai jurulatih daripada sebuah badan bola sepak di bandaraya Kota Kinabalu.

“Kita mengenal pasti bahawa ia ada hubung kait dengan pencerobohan padang ini yang dibantu oleh ibu bapa yang telah terpedaya dengan tipu muslihat jurulatih berkenaan,” dakwa penduduk tersebut.

Ekoran itu, beliau meminta badan bola sepak negeri seperti SAFA Pusat dan SAFA daerah mengambil maklum kejadian ini di samping mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyenaraikan hitam jurulatih yang dikenal pasti dan pemain-pemain yang terlibat supaya tidak terlibat dalam mana-mana pasukan di bawah gabungan mereka.

Katanya, ini sebagai satu pengajaran kepada mereka pada masa akan datang.

Seorang pembekal kasut bola pula menghubungi Sabah Digest dan memberitahu bahawa dia mengenali kumpulan itu kerana pada awal tahun ini, seorang jurulatih itu telah mendapatkan beberapa pasang kasut bola kanak-kanak tetapi sehingga sekarang tidak membuat pembayaran kepadanya.

“Mungkin dia telah mengutip duit kasut itu daripada ibu bapa namun dia tidak membayar kepada saya, malah dia telah menghilangkan diri,” dakwanya.

Dalam perkembangan terbaru, jurulatih bermasalah itu ketika ini sedang berusaha mengutip duit kira-kira RM200 seorang daripada ibu bapa dikatakan untuk tujuan menyertai satu kejohanan bola sepak di Wilayah Persekutuan Labuan.

Views: 8