
SEMANGAT…Jeffery bersama belia dan ahli-ahli baru Umno cawangan Kampung Pasir Putih Putatan.
PUTATAN: Ketua Umno bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed menyifatkan pengumuman secara terbuka Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang mengumumkan nama beliau sebagai calon UMNO/BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang merupakan satu cabaran ,amanah serta tanggungjawab yang perlu digalas .
Sambil mengakui beliau terkejut dengan pengumuman tersebut yang pada jangkaanya masih terlalu awal ,sebelum DUN Sabah dibubarkan ,namun beliau menghormati keyakinan Bung sebagai pemimpin utama Umno Sabah yang memberikan kepercayaan kepada beliau menggalas tanggungjawab tersebut.
“ Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bukan soal calon, tercalon atau sebaliknya matalamat utama kita ialah memulihkan imej Umno khususnya dibahagian ini yang mana sebelum ini diwakili oleh Umno namun kepercayaan rakyat (pengundi) telah dikhianti oleh pemimpin yang telah diberikan amanah oleh parti” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program santai bersama Belia serta ahli-ahli baru Umno cawangan Kampung Pasar Puteh dekat sini kemarin.
Jeffery yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya Umno Sabah berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Bung ,yang beliau adalah calon Umno/BN bagi DUN Tanjung Keramat pada PRN Ke-17 akan datang.

MESRA..Jeffery bersalaman dengan para belia yang hadir ke majlis tersebut.
Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno semasa merasmikan program Gerak 17 Umno bahagian Putatan baru-baru ini ,telah mengumumkan secara rasmi nama Jeefrey Nor sebagai calon UMNO/BN untuk kerusi DUN Tanjung Keramat pada PRN Ke-17 akan datang dan merupakan nama calon pertama yang diumumkan secara terbuka sebelum DUN Sabah dibubarkan.
Mengakui ini satu amanah serta tanggunjawab besar yang perlu dipikul ,Jeffery berkata beliau tidak mampu memikul tanggungjawab tersebut tanpa adanya sokongan dari semua pihak kepimpinan bahagian,sayap-sayap parti Wanita, Pemuda, Puteri, ketua-ketua cawangan malah pemimpin diperingkat akar umbi.
“ Ini merupakan satu cabaran, dan saya yakin tanpa sokongan serta kerjasama dalam semangat bekerja satu pasukan amanah serta tanggungjawab ini sukar dilunaskan, justeru bagi memenuhi harapan pemimpin atasan, saya berharap semua jentera dan ahli parti perlu berkerja keras secara berjemaah bagi memulihkan imej Umno dan merampas kembali kawasan ini pada PRN Ke-17 akan datang” katanya
Dalam hubungan ini Jeffery berkata gerak kerja secara konsisten perlu diteruskan bagi mendekati rakyat, bukan sahaja ahli-ahli parti malah mereka yang berada di luar parti perlu didekati termasuklah anak-anak muda serta meneruskan khidmat bakti kepada rakyat yang memerlukan.
“ Sebagaimana program hari ini santai bersama golongan belia, saya Nampak kecendrungan golongan belia menyertai perjuangan Umno begitu jelas, dan dalam hubungan ini kita sememangnya mengalu-alukan penyertaan mereka untuk menjadi ahli Umno” katanya.
Sehubungan dengan itu Jeffery berharap Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno khususnya di bahagian itu terus memainkan peranan untuk mendekati golongan muda dengan pendekatan selari dengan aspirasi mereka agar golongan ini terus bersama berjuang bersama Umno bagi menentukan masa depan mereka sebagai pemimpin pelapis yang akan meneruskan perjuangan untuk bangsa agama dan negara.
Views: 8