PENYALAHGUNAAN NAMA PERIBADI UNTUK  BANGUNAN MILIK KERAJAAN

Antara bangunan kerajaan(dewan) yang dinamakan dengan nama peribadi .

BEAUFORT:  Tindakan  pemimpin tertentu  di kawasan ini menamakan beberapa buah bangunan milik kerajaan  dengan nama sendiri menimbulkan persoalan kerana disiftakan bermotif peribadi dan lebih kepada untuk mencari  “ Political Mileage” (kepentingan politik)

Tinjauan yang dibuat di  kawasan Lumadan sahaja tidak kurang  dari tiga buah dewan  milik kerajaan dinamakan dengan nama peribadi pemimpin (walaupun disingkatkan dengan nama DHRM namun rakyat sedar singatan itu merujuk kepada nama seseorang individu pemimpin di kawasan tersebut.  Antaranya bangunan yang dinamakan dengan nama peribadi termasuklah  dewan yang terdapat di kampung Lago dan dewan masjid di kampung Lupak.

Pertikaian itu mula dibangkitkan oleh  penduduk di kawasan terlibat  yang pada tanggapan mereka seharusnya tidak berlaku kerana ianya membabitkan penyalahgunaan harta kerajaan

“ Bukan sahaja peruntukan kewangan dari kerajaan boleh disalah gunakan, tapi zaman sekarang bangunan kerajaan pun disalah gunakan demi kepentingan peribadi”  komen seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Jamil

Menurut Jamil semua pihak khususnya rakyat di kawasan Lumadan sedar dan faham usaha untuk membawa projek-projek pembangunan ke kawasan iitu, adalah usaha pemimpin berkenaan , bagaimana pun  menurut beliau menggunakan nama peribadi untuk bangunan kerajaan merupakan penyalahgunaan kuasa  yang bertujuan untuk mencari populariti atau lebih jelas  untuk  kepentingan politik.

Menurut Jamil tindakan ‘mengabadikan’ nama pada bangunan sama sekali tidak wajar memandangkan ia bukan sumbangan peribadi, tetapi peruntukan kerajaan melalui Kementerian berkaitan.

“Ia jelas penghormatan kepada individu bukannya kepada kerajaan mahupun kementerian, jadi nampak tidak betul caranya di situ. Jika wang berkenaan didermakan sendiri mungkin agak berbaloi buat seperti itu ,walaupun nampak seperti lucu, tetapi ini dana daripada Kementerian berkenaan”

“Saya kira belum pernah ada mana-mana nama ahli politik yang masih hidup (kecuali tokoh politik yang berpengaruh besar di peringkat nasional atau negeri )   nama mereka diabadikan sebagai nama kepada bangunan kerajaan  yang dibina ” katanya.

Semenatara itu seorang pendidik yang hanya dikenali sebagai Aminah pula berpandangan tidak salah menggunakan nama-nama tokoh politik atau Tokoh Masyarakat untuk bangunan-bangunan milik kerajaan termasuk nama jalan atau Lorong dan sebagainya, bagaimana pun menurut beliau pada kebiasaanya perkara ini dibuat bagi nama-nama  tokoh Masyarakat atau tokoh politik yang sudah meninggal dunia.

“ Kebiasaanya bagi menghargai jasa serta sumbangan tokoh-tokoh yang terlibat kepada negara, negeri atau masyarakat setempat nama tokoh yang  sudah meninggalkan dunia diambil untuk menamakan sesebuah bangunan kerajaan seperti masjid, dewan, jalanraya atau Lorong ,jarang kita lihat nama pemimpin yang masih hidup digunakan untuk  tujuan menamakan bangunan kerajaan yang apa lagi bangunan baru dibina” katanya.

Mengulas penggunaan nama pemimpin dalam bangunan kerajaan di kawasan ini perkara ini boleh dibuat tapi keutamaan perlu kepada tokoh atau pemimpin terdahulu yang sudah tiada seperti tokoh sejarah, pemimpin politik terawal dan telah pun  meninggal dunia sebagai mengingati, menghargai jasa serta sumbangan mereka kepada Masyarakat setempat.

“ Lagi pun pada pandangan saya menamakan bangunan kerajaan dengan nama peribadi ini tidak seharusnya dibuat sewenang-wenangnya ianya perlu diputuskan oleh pihak pentabdiran daerah pegawai daerah atau pihak berkuasa tempatan” katanya.

Hits: 2