GELOMBANG BIRU DI DUN LIAWAN KENINGAU DAN DUN PANTAI MANIS PAPAR ISYARAT BN SABAH SEDIA HADAPI PRN KE-17 : BUNG MOKTAR

GELOMBANG BIRU….kehadiran penyokong BN/Umno dalam program Gerak 17 Umno Sabah di kawasan Dun Pantai Manis Parlimen Papar membuktikan jentera BN sudah siapsiaga menghadapi PRN Ke-17.

PAPAR:  Himpunan “ Gelombang Biru”  dengan kehadiran yang amat membersangkan   pada setaip program Gerak 17 Umno Sabah,  memberikan isyarat jentera Barisan Nasional (BN) Sabah sedia menggalas tanggungjawab menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang  seterusnya menerajui kepimpinan kerajaan negeri.

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata kehadiran penyokong BN yang menghampiri 3,000 orang dalam program Gerak 17 Umno Sabah bagi DUN .29 Pantai Manis Papar  dan hampir  2,500 orang di DUN N. 41 Liawan Keningau hari ini ,memberikan gambaran semangat  jentera parti itu  kini berada dalam tahap kesiap siagaan yang tinggi untuk berhadapan dengan cabaran PRN Ke-17 akan datang.

“ Bukan sahaja di Papar dan Keningau, malah di beberapa program Gerak 17 Umno Sabah yang telah pun kita laksanakan sambutanya diluar jangkaan dimana setakat ini sudah 14 kawasan  DUN  sudah kita lancarkan dan lebih 20 kawasan DUN lagi akan kita lancarkan selepas ini  dan dijangka berakhir sebelum penghujung tahun ini” katanya ketika ditemui selepas melancarlan program Gerak 17 Umno Sabah bagi kawasan DUN N.29 Pantai Manis di dewan Datuk Salleh Sulung pada petang ahad lepas.

LUAR BIASA..Bung disambut meriah sejurus tiba untuk merasmikan program Gerak 17 Umno Sabah bagi Dun Liawan di Keningau.

Menurut Bung dengan kehadiran serta  semangat penyokong BN yang hadir pada program kali ini ,Parlimen Papar  yang diwakili BN/UMNO sebelum ini perlu diambil semula  dalam PRN akan, datang setelah mereka yang diberikan peluang atas tiket BN sebelum ini mengkhianti perjuangan  UMNO/BN dan sokongan rakyat di kawasan tersebut.

“ Tidak setakat itu pengorbanan kita (UMNO/BN) baik semasa menghadapi PRU ke 15 dan PRN Ke-16 menyokong calon lain atas prinsip gabungan  tidak dihormati  dihargai malah turut  dinafikan sumbangan besar BN./UMNO kepada pembentukan kerajaan negeri selepas PRN Ke -16” katanya.

TERUSKAN PERJUANGAN…Bung diringi oleh Jamal Nerubi dan Tamin Zainal menyampaikan bendera BN kepada salah seorang ketua PDM sempana program tersebut.

Justeru kata Bung PRN Ke-17 rakyat khususnya di kawasan Parlimen Papar yang  melibatkan Dun Kawang dan Pantai Manis perlu bersatu untuk menolak sebuah kerajaan yang gagal membawa kestabilan politik dan pembangunan untuk kepentingan rakyat di negeri ini.

Dalam pada itu Bung yang juga Ketua Umno Sabah turut menekankan semangat yang ditunjukan ini perlu disertai dengan strategi dan pendekatan yang efisin dan  tersusun rapi bagi memberikan keyakinan kepada rakyat untuk memilih BN sebagai pilihan utama dalam PRN akan datang.

“ Dengan semangat yang ditunjukan oleh ahli dan jentera UMNO/BN ,pendekatan serta kesiap siagaan seluruh jentera parti  bahagian, Wanita, pemuda, puteri cawangan-cawangan dan di setiap PDM saya yakin rakyat akan menerima dan menyokong perjuangan BN  dalam PRN kali ini “ katanya.

Tambah Bung tujuan program Gerak 17 Umno Sabah adalah untuk meninjau dan mengingatkan  agar jentera jentera UMNO/BN di peringkat akar umbi agar memperkemaskan kini seluruh jentera yang ada.

“ Dari gerak kerja dalam Gerak 17 Umno Sabah yang telah kita laksanakan peluang dan penerimaan rakyat kepada BN/Umno amat positif bagimanapun sebagai mana yang saya tekankan pendekatan serta strategi yang tepat amat penting untuk mencapai kejayaan” tambah Bung.

TERUS BERJUANG…Bung ,Nik Mohd Nadzri bersama ketua ketua PDM bagi kawasan DUN Liawan semasa pelancaran Gerak 17 Umno Sabah di Dun Liawan Keningau

Sementara itu ketika Pelancaran Gerak 17 Umno Sabah bagi DUN 41 Liawan Keningau, Ketua Bahagian Umno Keningau Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi ketika ditemui berkata, kehadiran rakyat di kawasan Liawan ke program tersebut  masih kukuh dan kebanyakanya masih merinduai zaman pemerintahan BN di negeri ini yang mereka sifatkan lebih baik dari sekarang.

Nik Mohd Nadzri berkata DUN Liawan sebelum ini merupakan kerusi  tradisi BN/UMNO tapi kalah  PRU ke 14 .

“ Pada PRN Ke-16 kita pinjamkan kerusi DUN Liawan (beri laluan) kepada Perikatan Nasional (PN) atas semangat kerjasama, bagaimanapun  laluan serta kerjasama yang diberikan oleh BN akhirnya tidak dihargai dan dinafikan” katanya.

Sehubungan dengan itu Nik Mohd Nadzri berkata, BN/UMNO khususnya di kawasan Keningau pada PRN Ke-17  akan datang adalah masa yang sesuai bagi rakyat khususnya di kawasan tersebut untuk mengambil alih kerusi DUN Liawan.

“ Jika kita tidak melakukan perubahan,dari sebuah kerajaan yang gagal, kita akan terus dihimpit dengan pelbagai isu, terutamanya isu pembangunan insfrastruktur asas, kemiskinan, pengangguran dan sebagainya yang sehingga ke hari ini gagal ditangani oleh pihak berkenaan” katanya.

Hadir sama Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin, Ketua Umno Papar Datuk Jamal Nerubi, Timbalan Ketua Umno Papar yang juga Adun Pantai Manis Tamin Zainal dan  Ketua Wanita Umno Sabah Senator Datuk Noraini Idris

Views: 14