Datuk Hajah Siti Aminah Aching Ahli Parlimen Beaufort semasa membahaskan Belanjawan 2025 Peringkat Jawatan Kuasa bagi Jabatan Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching berharap kerajaan dapat meluluskan peruntukan untuk membina serta menaik taraf beberapa buah masjid dan surau di kawasan Parlimen Beaufort.
Katanya, keperluan ini mendesak memandangkan terdapat beberapa buah masjid dan surau yang sudah lama dibina kelihatan uzur selain tidak dapat menampung keperluan Jemaah setempat.
Menurut beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno daripada butiran 04801 Pembinaan Masjid ,Surau dan Pembaikan Naik Taraf dengan nilai peruntukan sebanyak RM55 juta dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini adalah diharapkan kawasan Parlimen Beaufort tidak akan terpinggir dari memperolehi peruntukan tersebut.
“ Dari jumlah yang telah dibentangkan saya berharap kawasan Parlimen Beaufort tidak akan terpinggir dari menerima peruntukan tersebut memandangkan terdapat keperluan mendesak untuk membina serta menaik taraf beberapa buah masjid dan surau di kawasan ini” katanya ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di dewan Rakyat kemarin.
Beliau berkata antara masjid dan surau yang memerlukan peruntukan ialah masjid Nurhidayah Kampung Nukahan yang dibina sejak tahun 1970 dimana keadaan masjid ini semakin usang yang memerlukan pembinaan sebuah masjid baru di kampung tersebut.
“ Selain usang masjid yang sediaa da sudah tidak dapat menampung keperluan Jemaah yang semakin meningkat dan pembinaan masjid baru perlu dibuat dimana ianya selain untuk kegunaan masyarakat islam setempat, orang ramai yang saban hari melalui jalanraya antara Beaufort dan Menumbok boleh singgah untuk solat di masjid ini” katanya.
Selain itu Siti Aminah juga mengemukakan cadangan untuk membina atau membaiki Surau Kampung Bukit Nuri Menumbok, dan pembinaan masjid baru Kampung Melikai Menumbok.
Turut disentuh dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri kali ini ialah keperluan membina sekolah KAFA di beberapa buah kampung antaranya kampung Tanjung Aru Menumbok,kampung Berangkok Kuala Penyu.
Siti Aminah berkata, kedua-dua kampung ini tidak mempunyai bangunan KAFA sendiri terpaksa menumpang di Balai Raya untuk menampung lebih dari 100 orang pelajar .
“ Dari butiran 04802 Pembinaan Sekolah Agama yang bernilai RM10,975.000 dalam belanjawan 2025 tahun ini menjadi harapan rakyat di kawasan ini agar sekolah KAFA baru dapat dibina yang menelan belanja sekitar RM500.00 untuk sebuah sekolah dan saya meminta agar Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dengan sokongan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dapat mempertimbangkan permohonan ini” katanya.
Views: 2