KERAJAAN PERLU PERINCIKAN SPESIKASI JUMLAH PERUNTUKAN DALAM BELANJAWAN  YANG DISALURKAN KE SABAH: BUNG MOKTAR.

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memperincikan secara  spesifkasi jumlah  peruntukan yang disalurkan kepada Sabah pada  setaip tahun belanjawan yang di  bentangkan di dewan rakyat.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, perkara ini penting agar rakyat mendapat maklumat yang tepat jumlah  sebenarnya yang telah disalurkan untuk tujuan pembangunan di negeri ini agar ianya seimbang dengan projek-projek yang telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan rakyat di negeri ini.

“ Sebagai contoh dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini Sabah menerima peruntukan sebanyak RM 6.7 billion, persoalanya apakah jumlah tersebut telah disalurkan dan dibelanjakan sepenuhnya untuk tujuan pembangunan di Sabah” katanya ketika di temui di sini.

Sebelum itu, Bung  yang juga Ahli Dewan Undangan Kawasan Lamag  mengemukakan pertanyaan kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyatakan jumlah sebenar peruntukan yang telah digunakan bagi setiap peruntukan pembangunan untuk negeri Sabah bagi tahun 2021,2022, dan 2023 yang masing-masing berjumlah RM5.1 bilion, RM5.2 bilion dan RM 6.5 bilion.

Dalam jawapan  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, (Wiilayah Persekutuan)  Dr Zaliha Mustafa peruntukan yang telah digunakan bagi setaip peruntukan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) untuk Sabah iaitu RP1/2021 peruntukan sebanyak 4,517,526,970.00  dan di belanjakan RM3,313,549,108.00.

Bagi RP2/2022 pula peruntukan diberikan sebanyak RM 5,711,946,622.00 dan dibelanjakan 4,458,815,991.00  sementara bagi RP3/2023 peruntukan yang disediakan sebanyak RM 6,502,666,400.00 dan dibelanjakan 4,931,055,664.00

Mengulas jumlah peruntukan yang disediakan berbanding yang dibelanjakan Bung berkata, terdapat jurang yang ketara dimana peruntukan yang disediakan tidak dapat dibelanjakan sepenuhnya yang memerlukan penjelasan dari pihak yang berkenaan kenapa perkara tersebut boleh berlaku.

Menurut Bung pihak yang berkaitan dengan pelaksanaan projek-projek pembangunan di negeri ini samada di peringkat kerajaan pusat atau negeri perlu memperincikan projek-projek yang telah dilaksanakan mengikut peruntukan yang telah disediakan bagi membolehkan rakyat mengetahui keadaan yang sebenarnya.

“ Tidak dinafikan ada projek-projek tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya disebabkan beberapa faktor seperti teknikal dan sebagainya menyebabkan peruntukan yang disediakan tidak dapat digunakan sepenuhnya dan dikembalikan kepada kerajaan yang mana perkara ini merupakan satu kerugian kepada rakyat di negeri ini selain membantutkan usaha untuk membangunkan negeri ini” katanya.

Views: 11