
MERIAH…Salleh,Awang, Pandak bersama jawatankuasa dan pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.
KOTA KINABALU: Persatuan Bola Baling Negeri Sabah (SABHA) bersedia menjadi tuan rumah bagi penganjuran pertandingan Bolang Baling kebangsaan dalam usaha meningkatkan tahap sukan itu di Sabah
Menyatakan komiten itu ,Presidenya Datuk Awang Aslee Lakat berkata ,negeri ini mempunyai fasaliti yang mencukupi untuk menganjurkan kejohanan ini ,apa lagi sukan ini mula mendapat tempat dihati para peminat sukan Bola Baling.
“ Jika kita (SABHA) diberikan peluang menganjurkan kejohanan bertaraf kebangsaan, sudah tentu kami bersedia untuk menjadi tuan rumah” katanya ketika berucap di majlis perasmian Kejohanan Bola Baling Terutup Sabah di Kompleks Tun Adnan Yayasan Sabah dekat sini pagi tadi (jumaat)

PENGHARGAAN..Awang Aslee menyampaikan cendera kenangan kepada Salleh selepas merasmikan kejohanan tersebut.
Majis Perasmian kejohanan tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Usukan Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said dan turut dihadiri oleh Presiden Persekutuan Bila Baling Malaysia (MAHF) Datuk Pandak Ahmad.
Sebanyak 44 buah pasukan menyertai kejohanan yang berlangsung selama 4 hari ini iaitu bagi ketegori lelaki sebanyak 21 pasukan ,ketegori Wanita 15 pasukan dan ketegori 15U , lapan pasukan itu 4 lelaki dan 4 wanita.

MESRA..Salleh diiring oleh Awang Aslee, Pandak dan Setiausaha (SABHA) Abdul Rahman Taib berbual mesra dengan para pemain yang menyertai kejohanan tersebut.
Menurut Awang Aslee yang juga Naib Presiden (MAHF) sambutan yang begitu menggalakan dalam kejohanan kali ini membuktikan sukan bola baling mula mendapat tempat dihati para pemain dan peminat sukan tersebut di negeri,
“ Sambutan luar biasa ini memberikan kami anjakan paradigma untuk menganjurkan kejohanan suka bola baling berskala besar termasuk peringkat kebangsan pada masa akan datang” katanya.
Dalam perkembangan yang sama Awang Aslee yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort turut menyatakan kejohanan kali ini akan dijadikan flafrom untuk memilih pemain-pemain yang berkelibar bagi mewakili Sabah ke kejohanan Bola baling peringkat kebangsaan yang akan di adakan di negeri Kedah pada bulan Disember ini.
Terdahulu berucap merasmikan Kejohanan tersebut Salleh yang juga Bendahari UMNO Sabah turut memuji kesungguhan (SABHA) menganjurkan kejohanan tersebut dimana ianya merupakan satu usaha murni untuk menarik lebih ramai golongan belia dalam aktiviti sukan khususnya sukan Bola Baling.
Katanya, kejohanan tersebut bukan sahaja menyemarakan budaya bersukan di kalangan Masyarakat namun sekali gus ianya menjadi medan untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini melalui aktiviti sukan.
“ Saya berharap usaha-usaha penganjuran ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang bukan sahaja untuk menyemarakkan kegiatan sukan khususnya sukan bola baling namun dalam masa yang sama kejohanan seperti ini dapat mencungkil bakat baru dalam sukan ini untuk diserapkan ke peringkat yang lebih jauh” katanya.
Views: 19