Bendahari UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Salleh Keruak (kiri) diumum sebagai calon BN/UMNO Dun Usukan pada PRN ke-17 akan datang.
KOTA BELUD: Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri N.10 Usukan Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said diumumkan sebagai calon BN/UMNO yang akan mengalas tanggungjawab di DUN Usukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 bagi akan datang.
Perkara ini diumumkan sendiri oleh Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin ketika berucap merasmikan program Gerak 17 UMNO Sabah bagi kawasan DUN Usukan pagi kemarin.
SERAH..Bung diiringi oleh Salleh,Azuwan menyerahkan bendera BN kepada Ketua Ketua PDM di kawasan DUN Usukan sempana program tersebut
Setakat ini Salleh yang juga Bendahari UMNO Sabah merupakan calon kedua yang sudah diumumkan sebagai calon UMNO/BN bagi menghadapi PRN akan datang , dimana sebelum ini, Ketua Umno bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed telah pun diumumkan sebagai calon BN/UMNO yang akan bertanding dalam PRN akan datang bagi kawasan DUN Tanjung Keramat.
Menurut Bung yang juga Ketua UMNO Sabah pemilihan Salleh yang juga Bendahari UMNO Sabah memenuhi keteria yang diperlukan dan pemilihan ini adalah memenuhi aspirasi rakyat di kawasan Usukan yang mahukan Salleh terus di kekalkan.
“ Beliau (Salleh) telah menaburkan bakti serta sumbangan besar kepada parti dan rakyat khususnya di kawasan ini, dimana pemilihan ini, selain memenuhi keteria yang diperlukan ianya merupakan pilihan rakyat di kawasan itu ” katanya.
TIBA..Bung disambut Salleh Azuwan sejurus tiba ke majlis tersebut.
Bung berkata, Dun Usukan sebagai kawasan pertama melahirkan UMNO di Sabah melalui PRK pada 11 Mei 1991 apabila calon UMNO Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun memenangi kawasan tersebut.
Katanya, sebagai anak sulung kelahiran UMNO di Sabah, rakyat Usukan perlu bangkit mengembalikan memontum tersebut bagi mempastikan bukan sahaja DUN Usukan akan dipertahankan pada PRN akan datang malah DUN Tempasuk yang sebelum ini merupakan kerusi UMNO perlu dikembalikan maruahnya.
Sehubungan dengan itu Bung mengajak rakyat khususnya ahli-ahli UMNO di DUN Usukan perlu bersatu,berkerja dalam satu pasukan dan mempastikan segala gerak kerja dan strategi bagi mempastikan kemenangan BN dalam PRN akan datang untuk mengambil alih tapuk pemerintahan dari sebuah kerajaan yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya membawa pembangunan untuk kesejehteraan rakyat.
“ Hampir lima tahun kerajaan yang ada pada hari ini mentadbir Sabah, kegagalan demi kegagalan terus menghantui rakyat di negeri ini terutamanya dalam penyediaan insfrastruktur asas dan masalah kemiskinan yang menghimpt kehidupan rakyat ” katanya.
Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, kerajaan hari ini enggan megakui kegagalan mereka ,sehingga menyalahkan orang lain terutamanya Barisan Nasional dimana mereka lupa satu ketika mereka juga berada di dalam BN/UMNO dan turut merasai nikmat yang mereka peroleho dari diberikan BN/UMNO.
“ PRN kali ini adalah masa terbaik bagi rakyat Sabah membuat pilihan yang bijak , rakyat seharusnya tidak lagi terpedaya dengan segala slogan yang hanya gah di dengar namun pelaksanaanya kosong” katanya.
Sehubungan dengan itu Bung berkata BN memerlukan mandat rakyat Sabah pada PRN akan datang untuk mengembalikan kestabilan politik agar agenda pembangunan untuk kesejehteraan rakyat dapat dilaksanakan.
Views: 15