Alumni SMK Gunsanad II Sampaikan Ceramah Pengurusan Masa kepada Pelajar Asrama

KENINGAU: Bretryan Jepsson Lazarus, guru di SMK Tenom merangkap Timbalan Pengerusi Persatuan Alumni SMK Gunsanad II Keningau, telah dijemput sebagai penceramah bagi Program Orientasi Asrama SMK Gunsanad II pada 16 Mei 2026.

Ceramah yang berlangsung di Dewan Belian Asrama itu membawakan tajuk “Pengurusan Masa dan Belajar di Asrama” dan disertai oleh murid asrama sekolah.

Perkongsian pengurusan masa dan belajar di asrama tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan disiplin diri, pengurusan masa serta amalan belajar yang lebih teratur sepanjang berada di asrama.

Dalam perkongsiannya, Bretryan menekankan kepentingan menggunakan masa dengan bijak, menjaga keseimbangan emosi dan kesihatan serta membina disiplin diri sebagai asas kejayaan murid di asrama.

Bretryan Jepsson Lazarus menyampaikan ceramah pengurusan masa

Penglibatan alumni dalam program sekolah turut dilihat penting dalam memperkasa pembangunan murid kerana alumni mampu berkongsi pengalaman sebenar dan menjadi inspirasi kepada murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Pihak sekolah berharap kerjasama bersama alumni dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong pembangunan sahsiah dan akademik murid sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *