KENINGAU – Program Sesi Bersama Usahawan Alumni SMK Gunsanad II Keningau berjaya dilaksanakan di SMK Gunsanad II Keningau baru-baru ini sebagai usaha memberi pendedahan kepada murid mengenai peluang kerjaya dalam bidang keusahawanan dan industri kreatif.
Program tersebut menampilkan perkongsian daripada Puan Siti Shafiqah Miris, Pengusaha Hanafoto Studio Keningau, yang juga merupakan alumni SMK Gunsanad II. Kehadiran beliau sebagai bekas murid sekolah berkenaan memberi nilai tambah kepada murid kerana pengalaman yang dikongsikan datang daripada individu yang pernah melalui persekitaran pendidikan yang sama.
Sesi perkongsian bertajuk “Keusahawanan dan Industri Kreatif” itu dihadiri kira-kira 40 orang murid daripada Kelab Kerjaya SMK Gunsanad II Keningau.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama antara Persatuan Alumni SMK Gunsanad II Keningau dan Kelab Kerjaya SMK Gunsanad II Keningau. Kerjasama tersebut memperlihatkan peranan penting alumni dalam menyumbang semula kepada sekolah melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan inspirasi kepada generasi pelajar semasa. Secara keseluruhannya, program ini diharap dapat membuka minda murid mengenai kepelbagaian laluan kerjaya selepas tamat persekolahan, termasuk bidang keusahawanan dan industri kreatif yang semakin berkembang di Sabah.

Sesi bergambar beramai – ramai Puan Siti Shafiqah Miris bersama guru penasihat dan ahli murid Kelab Kerjaya SMK Gunsanad II Keningau







Leave a Reply