Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan program UMS-SPRINT: SDG-ESG “Si Cilik Akuaponik” bertempat di Taska Jasaku Luyang, Sabah. Program berimpak tinggi yang dilaksanakan mahasiswa UMSFLEC di bawah bimbingan jurulatih Encik Suhaimie Sahabuddin itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang kepentingan khidmat komuniti, di samping mendidik kanak-kanak mengenai penghargaan dan penjagaan alam sekitar sejak awal usia.
Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar UMS, Prof. Madya Dr. Jurry Foo berkata, aktiviti berkonsepkan akuaponik ini merupakan satu pendekatan pendidikan awal yang kreatif untuk memupuk kesedaran terhadap kelestarian hidup dan amalan hijau sejak usia muda. “Anak-anak kecil merupakan pewaris masa hadapan negara. Oleh itu, pendekatan pendidikan yang menyeronokkan seperti aktiviti akuaponik ini dapat membantu meningkatkan daya kreativiti, kemahiran motor, komunikasi dan keyakinan diri mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan bersempena program tersebut.

Pengisian aktiviti dikendalikan bersama mahasiswa UMSFLEC yang majoritinya mempunyai pengalaman dalam sektor pengurusan perikanan dan para guru Taska Jasaku Luyang yang dibimbing oleh Encik Chin Yin Loong dan Puan Daimi Laus. Lebih banyak program bermanfaat seperti program “Si Cilik Akuaponik” ini perlu diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang dengan melibatkan lebih banyak komuniti dan institusi pendidikan. UMS akan terus memainkan peranannya kepada tanggungjawab terhadap masyarakat sebagai ‘The Brain of Borneo’.





Leave a Reply