Program Sihat Bersama 2026 Perkasa Kesedaran Kesihatan 154 Warga Emas di Menggatal

Suasana Program Sihat Bersama 2026

MENGGATAL, 27 Oktober 2026 – Seramai 154 warga emas berusia 60 tahun ke atas menyertai Program Sihat Bersama 2026 yang diadakan di Dewan Masyarakat Menggatal, Kota Kinabalu, bagi memperkukuh kesedaran terhadap penjagaan kesihatan dan pengesanan awal penyakit.

Program yang mengetengahkan tema “Tindakan Awal Diabetes, Penuaan Sihat dan Kesejahteraan Warga Emas” itu dirasmikan oleh Tuan Ahsim Haji Jamat, Pengarah Pejabat Parlimen P.171 Sepanggar.

Program tersebut bertujuan memperkasakan warga emas melalui pendidikan kesihatan, saringan kesihatan dan aktiviti fizikal, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal penyakit, khususnya kanser.

Poster rasmi Program Sihat Bersama 2026
Poster rasmi Program Sihat Bersama 2026.

Lima mesej utama turut diketengahkan, iaitu kekal aktif, makan sihat, pantau kesihatan, kawal diabetes dan sokongan komuniti.

Antara aktiviti program ialah lawatan ke reruai serta cabutan bertuah untuk peserta.

Pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung
Pemeriksaan kesihatan dijalankan kepada pengunjung sepanjang program berlangsung.

Program ini dianjurkan melalui kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Unit Diabetes Klinik Kesihatan Menggatal, Klinik Kesihatan Menggatal, Kelab Sukan dan Rekreasi Klinik Kesihatan Menggatal serta Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Menggatal.

Kerjasama antara pihak kesihatan dan komuniti ini menjadi wadah untuk menyampaikan maklumat kesihatan kepada warga emas serta menggalakkan amalan penjagaan kesihatan secara berterusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *