GENERASI Z, KESABARAN SEBAGAI JAWAPAN KEPADA KETIDAKDAYA TAHANAN

Oleh: Muhammad Izuddin bin Hassanudin

Perkembangan masyarakat kini telah membuah kepada persepsi bahawa generasi Z telah kurang daya tahan dan kematangan yang telah diharapkan untuk terzahir apabila mereka telah mencapai umur dewasa. Malah telah menjadi suatu ciri yang disinonimkan dengan generasi tersebut. Persepsi ini boleh jadi terbina apabila masyarakat melalui luahan-luahan sosial media dan perkongsian pengalaman daripada pengurus-pengurus pelbagai sektor pekerjaan mengakui cabaran yang dilalui dalam mengurus isu tersebut.

Penulis telah berkesempatan mendalami topik ini dalam slot pengisian Program Kepimpinan Generasi Madani (Kohort) bersama dengan peserta-perserta daripada pelajar sekolah menengah kebangsaan (SMK), sekolah menengah anak negeri (SMAN), maktab  rendah sains malaysia (MRSM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Program ini diadakan di Pusat Latihan Kenegaaran Kundasang, Sabah.Perkongsian interaktif antara penulis dan pelajar telah membuka kepada beberapa soalan-soalan penting dan buah fikiran bagi persepsi ”Generasi sekarang adalah kurang daya tahan dan kurang semanagat.

Apabila diajukan persoalan, ”Kenapa generasi sekarang dikategorikan sebagai kurang berdaya tahan dan kurang kompeten?”. Penulis mengambil pendekatan untuk mengembalikan soalan tersebut kepada para peserta. Pendekatan sedemikian oleh penulis adalah untuk mengambil langkah lebih memahami dan menyantuni kelompok peserta berbanding melontarkan pandangan penulis semata. Sekaligus, melihat sejauh mana generasi Z mengenali sifat dan cabaran generasi zaman mereka.

Menakjubkan apabila para peserta sendiri mengakui terhadap tanggapan daripada persoalan tersebut. Masalah dalam pengurusan masa, kerisauan terhadap saingan-saingan di dalam dan luar sekolah, dan keyakinan terhadap diri sendiri, telah menjadi salah satu segmen cabaran yang diluahkan oleh para peserta. Cabaran ini dapat juga dirasai apabila ianya terbawa ke alam pekerjaan dikala Generasi Z mencapai umur dewasa.

Laporan daripada New Straits Times mendapati pekerja Generasi Z di Malaysia mempunyai indeks yang rendah dalam kebahagiaan di tempat kerja dan inderks stress yang lebih tinggi (S.Birruntha, 2026). Tambahan pula, apabila Generasi Z terlalu banyak menghadam berita-berita daripada seluruh dunia, mencetuskan lagi kekeliruan dan ketakutan mereka (UNICEF, n.d). Kerisauan penulis generasi ini menjadi generasi yang pesimistik dan putus asa terhadap masa depan diri, apatah lagi negara apabila cabaran-cabaran ini yang perlu dilalui.

Walau bagaimanpun, dalam kegawatan cabaran-cabaran tersebut, generasi kini sebagai seorang manusia, yang memegang kuat kepada nilai keagamaan dan keadilan, mesti melihat babak ini sebagai babak pembangunan diri dan masyarakat. Babak untuk kita menyedari bahawa hanya dengan Kesabaran yang mampu bertindak merubah diri ke arah yang lebih baik, dan mendefinisikan diri sebagai seorang yang ”berdaya tahan” atau tidak. Maka kunci utama kepada proses ini adalah dengan mempunyai Kesabaran.

Izuddin bersama peserta

Suka disertakan di sini definisi sabar oleh Profesor Dr. Huzili Hussin, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti . Kata beliau, ”Sabar itu seperti penjaha yang setia . ia berdiri antara rasa dan tindakan, antara marah dan kata, antara kecewa dan takdir hidup. Sesungguhnya, antara sebab dan akibat, terdapat satu ruang. Di ruang itulah sabar mengambil tempatnya. Bukan pada apa yang kita rasa, tetapi pada apa yang kita pilih untuk lakukan.”

Oleh itu, bersabarlah generasi kini, agar kamu berdaya tahan. Sesunggunya Tuhan bersama kamu.

Sumber:

https://www.unicef.org/partnerships/mental-health-study-shows-gen-z-overwhelmed-undeterred-unrelenting-global-crises

https://www.nst.com.my/business/corporate/2026/04/1417975/gen-z-workers-report-lower-happiness-higher-stress

Profesor Dr. Huzili Hussin, Sinar Harian, Segmen Suara Rakyat, ”Sabar benteng terakhir putus asa”, 2 April 2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *