PELANCARAN BUKU KOMUNITI NAVIGATOR DI KENINGAU PERKASA PEMBANGUNAN BELIA PEDALAMAN SABAH

KENINGAU: Majlis pelancaran Buku Komuniti Navigator di Keningau yang berlangsung baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran pemimpin agensi kerajaan tempatan dan komuniti. Antara yang hadir termasuk Puan Florence John Luan, Pengurus Stesen Penyiaran Daerah Keningau (RTM); Puan Catherine Kindasan, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Keningau; Tuan Mohd Noor Rizal bin Glen, Ketua Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau; Puan Christine Tiffany Charlse Lohindun, Penolong Pegawai Daerah Keningau; serta Puan Hajah Noormah binti Haji Tahir, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Gunsanad II Keningau.

Buku Komuniti Navigator karya Dr. Muhd Shafeiq bin Muhammad Asri ini memberi fokus kepada pembinaan potensi diri dalam kalangan lepasan SPM dan belia pedalaman Sabah, khususnya mereka yang berdepan cabaran menentukan hala tuju pendidikan dan kerjaya. Buku ini dihasilkan selaras dengan latar belakang beliau sebagai Pensyarah Perubatan Keluarga di Universiti Malaysia Sabah serta pengalaman dalam pelaksanaan program komuniti di kawasan pedalaman.

Perkongsian oleh Dr. Muhd Shafeiq bin Muhammad Asri

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Seri Haji Shuib bin Nasir, seorang ahli perniagaan berjaya yang berkongsi pandangan mengenai hala tuju kerjaya dalam bidang keusahawanan. Perkongsian tersebut memberi pendedahan berguna kepada lepasan SPM dan golongan belia yang hadir.

Perkongsian oleh Dato’ Seri Haji Shuib bin Nasir

Pelancaran Buku Komuniti Navigator di Keningau ini turut membuka ruang kepada kerjasama strategik antara sektor pendidikan, media dan komuniti dalam memperkukuh pembangunan belia pedalaman Sabah. Kehadiran pelbagai pemegang taruh mencerminkan sokongan terhadap inisiatif ini yang dijangka berkembang melalui program susulan seperti sesi bimbingan, perkongsian ilmu serta aktiviti komuniti bagi membantu generasi muda lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *