Plogging di Labuan 2026: Sabrina’s Plog Activity Galakkan Gaya Hidup Sihat dan Kebersihan

LABUAN: Seramai 30 peserta daripada komuniti RunSmart by Brooks Labuan telah menyertai Sabrina’s Plog Activity 2026, satu program yang menggabungkan aktiviti larian jarak jauh (LSD) dan plogging sejauh 12KM.

Program ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, malah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran di Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain aktiviti plogging, program ini turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah, penyampaian hadiah kepada tiga peserta lelaki dan wanita terpantas, serta jamuan ringan di akhir sesi.

Laluan asal sejauh 12KM telah dipendekkan kepada 5KM berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, bagi memastikan keselamatan semua peserta.

Larian bermula dari Gerai No.6, Kampung Durian Tunjong, menuju ke checkpoint di Anjung Ikan Bakar Kampung Tanjung Aru sebelum berpatah balik ke lokasi permulaan.

Inisiatif ini diharapkan dapat memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar melalui aktiviti komuniti yang inklusif dan berimpak.

#plogging #kesedaran #sabrinasplogactivity2026 #invitingrunsmartbybrookslabuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *