SJKC Phui Ying Tenom telah menganjurkan Program “Nestlé for Healthier Kids (N4HK)” pada 13 Mei lalu bagi meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan pemakanan sihat dan amalan gaya hidup aktif.
Program tersebut ditaja oleh Nestlé Malaysia serta mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Kehadiran program itu turut melibatkan pihak sekolah, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ahli Lembaga Pengurusan Sekolah.
Pihak sekolah turut menerima kehadiran pakar pemakanan daripada Persatuan Pemakanan Malaysia, Puan Chong Chun Hui sebagai penceramah jemputan. Beliau dikenali sebagai antara individu aktif mempromosikan pendidikan pemakanan sihat di sekolah-sekolah seluruh negara.

Ceramah yang disampaikan merangkumi konsep pemakanan seimbang, kepentingan nutrisi harian serta amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid. Selain sesi perkongsian ilmu, program itu turut disertai aktiviti fizikal dan sesi soal jawab interaktif bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Guru Besar SJKC Phui Ying Tenom, Puan Poong Chiew Fong berkata, murid pada masa kini semakin terdedah kepada makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak.
Menurut beliau, penerapan amalan pemakanan sihat sejak usia muda amat penting bagi memastikan perkembangan fizikal dan kesihatan murid sentiasa berada pada tahap yang baik.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Nestlé Malaysia, Persatuan Pemakanan Malaysia dan Puan Chong Chun Hui atas usaha menjayakan program tersebut. Ucapan terima kasih turut diberikan kepada Guru Besar SJKC Chi Vun Tenom, Puan Wong Eh Chun atas kerjasama yang diberikan.
Dalam pada itu, pihak Nestlé Malaysia turut menyumbangkan buku nota dan bahan pembelajaran kepada murid sebagai galakan untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang.






Leave a Reply